CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Tradisi Perkahwinan Yang Pelik Diseluruh Dunia

3-6-2015 11:46 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4254| Komen: 5

Perkahwinan menjadi sambutan universal dan menjadi hari yang paling bahagia buat kedua pasangan tersbut, tetapi bagi sesuatu komuniti ianya mungkin suatu yang gila, menjijikkan, dan tak kurang juga menggerunkan.


1.Menghitamkan pengantin: Scotland

(sumber gambar :img.allw.mn)

Bagi tradisi masyarakat Scotland, pasangan harus melalui proses yang agak menjijikkan ini. Sebuah pasangan yang ingin berkahwin harus melalui detik-detik 'penghitaman' yang terdiri dari cecair hitam, bulu dan tepung. Ia sebagai simbol persediaan sesebuah pasangan mengharungi sebarang bentuk penghinaan dimasa akan daatang.

2.Memukul tapak kaki: KOREA

Dikenali juga sebagai 'menggantung pengantin lelaki'. Saudara dan kenalan rapat akan mengambil bahagian menggantung pengantin terbalik dan memukul tapak kaki pengantin dengan ikan kering ataupun batang tebu. Pelik sungguhlah Korea ini. Permainan ini untuk menguji ketabahan dan kecekalan pengantin lelaki dan juga 'persediaan' bagi melalui malam pertama. Walaupun adat ini semakin berkurangan diamalkan, namun ia masih mengambil tempat bagi penduduk moden Korea.

3.Meludah pengantin: Kenya

Pun Boleh! Tradisi perkahwinan Masai menyebut, restu ayah diberikan kepada anak perempuannya apabila si ayah meludah pada kepala dan buah dada pengantin perempuan tersebut.Tak pasti adakah perlu menunggu sehinga kering ludah tersebut. GELI!

4.Sup Mangkuk Tandas : France

Selepas majlis perkahwinan berakhir di France, ahli keluarga akan mengutip makanan dan juga sisa yang berlebihan dan meletakkan kesemua sisa terbabit di dalam mangkuk tandas. Mereka tidak akan meninggalkan pengantin sehingga pengantin minum sup tersebut. Walaupun mereka telah menggantikan dengan coklat tapi tetap LOYA kot!


5.Larangan ke tandas: Borneo Utara

Adat puak Tidong di Borneo Utara melarang pasangan yang baru berkahwin untuk menggunakan tandas selama 3 hari. Maksudnya ya! sebarang bentuk pembuangan atau pembersihan di tandas adalah dilarang sama sekali. Biasalah, mahu buang air kecil atau besar, mahu membersih pun tidak boleh. Ini kerana mereka percaya nasib yang buruk akan menghantui pasangan ini untuk seumur hidup jika melanggar pantang larang ini. -LadyLista.

Sumber: Oddastic

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Wakai 3-6-2015 10:24 PM
nombor 4 n 5 paling dahsyat :mad:
Quote jay_07 3-6-2015 04:19 PM
Adoii..
Quote zameyla 3-6-2015 03:45 PM
pelik2 betui....
Quote amersudahbesar 3-6-2015 01:30 PM
diperdaya oleh syaitan dan jin
Quote aduhaiya 3-6-2015 01:21 PM
Yang kaum dekat Borneo Utara tu... kalau orang tu beragama Islam, kena amalkan jgk ke?

Sebab... paham2lah kalau dah malam pertama... dah jaga kena sembahyang subuh... sah ke sebab tak niat "sahaja aku mandi..." ataupun diorang kena mandi dekat tempat lain (asalkan bukan tandas) sebab tak boleh guna selama 3 hari.

hmmmm... ada sapa2 boleh komen

Lihat semua komen(5)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.045842 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top