Selepas
baharu sahaja dipilih semula untuk menerajui badan induk bola sepak dunia buat
penggal kelima, Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA), Sepp Blatter membuat pengumuman mengejutkan apabila mengambil keputusan
untuk meletakkan jawatan. Keputusan itu diumumkan pada sidang akhbar di Zurich,
Switzerland, semalam, enam hari
selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu dan menggeledah hotel di
bandar ini dan menahan beberapa pegawai FIFA kerana skandal rasuah Menurut Blatter yang sudah menerajui FIFA selama 17 tahun dan
dipilih semula Jumaat lalu, satu kongres baharu akan diadakan dalam
tempoh terdekat untuk memilih penggantinya. Tegasnya lagi, FIFA perlukan satu ‘penyusunan semula menyeluruh’
kerana selepas beberapa pegawainya disyaki terlibat
dalam skandal rasuah sehinggakan badan bola sepak itu kini dilanda imej buruk . Polis Switzerland menahan tujuh pegawai FIFA termasuk dua naib
presiden sejak enam hari lalu. Tujuh pegawai berkenaan serta lapan suspek lain terbabit
ditangkap atas tuduhan dalam skandal rasuah bernilai AS$150 juta (RM548 juta)
oleh pihak berkuasa Amerka Syarikat. - CARI Infonet
|
27
Bagus |
15
Marah |
21
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jengkoil replied at 3-6-2015 01:51 PM
Blatter, 79, mengumumkan peletakan jawatannya itu pada sidang media yang diadakan di Zurich, enam ha ...
ADVERTISEMENT