CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Progeria Penyakit Tua Sebelum Usia

4-6-2015 05:00 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1954| Komen: 0

Setiap makhluk yang hidup pasti semakin tua dan bertepatan dengan bertambahnya usia. Namun, ada juga insan yang tidak senasib dengan kebiasaan itu. Dalam dunia perubatan mereka sebenarnya mengalami sindrom progeria.


Progeria adalah penyakit genetik yang sangat jarang ditemui. Di ambil dari perkataan Yunani yang bermakna 'proeros' yang bermaksud tua sebelum usia. Ia adalah penyakit kelainan genetik yang menyebabkan kanak-kanak mengalami proses penuaan dengan cepat

Dalam bahasa mudah difahami adalah proses penuaan berlaku secara mendadak. Akibatnya, pesakit mengalami botak, penyakit jantung, struktur tulang lemah, kulit berkedut, mata seperti tersembul dan wajahnya kelihatan seperti kanak-kanak.

Dilaporkan, satu daripada lapan juta orang menghidapi penyakit ini. Kanak-kanak yang menghidapinya dipercayai dapat menjalani kehidupan biasa sehingga umur 13 tahun namun dalam beberapa kes berlainan, ada antaranya hidup sehingga awal dua puluhan.


Tidak ada siapa yang mengetahui jumlah sebenar kanak-kanak mempunyai progeria.

Bagaimanapun, pakar-pakar menganggarkan terdapat kira-kira 200 hingga 250 kanak-kanak menjalani kehidupan sebagai progeria pada satu masa.

Pada kebiasaannya kanak-kanak yang lahir adalah normal, namun setelah setahun tanda-tanda mula kelihatan apabila rambut semakin tiada serta pertumbuhan yang lambat.

Selain itu, masalah jantung atau stoke merupakan penyebab besar kanak-kanak progeria meninggal dengan cepat.

Sehingga kini tiada ubat untuk penderita progeria. -LadyLista.

Franco Villavicencio, kanak-kanak yang menderita progreria. (Daily Mail)

Hayley penderita prognesia. (sumber foto :metro.co.uk)

Ali, remaja berumur 14 tahun terperangkap dalam badan usia 110 tahun. (sumber foto: fuh.my)


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.128606 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top