BARCELONA menewaskan Juventus 3-1 dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah yang penuh mendebar di Berlin, awal pagi Ahad lalu. Neymar melengkapkan gol ketiga Barca pada masa kecederaan selepas Luis Suarez bangkit menjaringkan gol kedua untuk meletakkan pasukan itu di depan pada minit ke-68. Terdahulu Juventus menyamakan kedudukan menerusi bekas pemain Real Madrid, Alvaro Morata selepas Ivan Rakitic membuka jaringan awal untuk Barca seawal minit keempat. Pasukan tuan rumah dipaksa bekerja keras dengan penjaga gawangnya, Gianluigi Buffon berjaya menyelamatkan percubaan Dani Alves dan Suarez. Ia adalah kemenangan berganda buat pasukan kendalian Pengurus Luis Enrique selepas mengemudi pasukan itu menjuarai aksi La Liga musim ini.
Malah, Barca menjadi pasukan pertama untuk memenangi kemenangan berganda sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pengurus tersebut. Pada aksi La Liga, Barca menafikan peluang musuh tradisinya, Real Madrid untuk menjulang trofi tersebut selepas memperolehi 94 mata. Real sekadar ketinggalan dua mata di belakang Barca. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT