Memang syarat penting seseorang ingin menjadi model adalah harus mempunyai ketinggian yang lebih disamping tinggi dan juga langsing. Tapi bagaimana jika anda terlalu tinggi?
Dunia fesyen kini sedang memerhati model tinggi lampai Dong Lei. Salah seorang peserta Supermodel China, Dong Lei memiliki ketinggian 180.34 sentimeter. Satu keadaan yang sangat jarang berlaku di China kerana rata-rata ketinggian perempuan China adalah di antara 134.62cm. Ukuran betisnya sahaja mencapai 114.3cm dan ini menjadikan badannya didominasi oleh 70 peratus bahagian kaki sahaja. Dengan kondisi betis yang menakjubkan itu, jika di kira betisnya sahaja sama seperti kanak-kanak berusia 7 tahun. Memiliki gen daripada kedua ibu dan bapa Dong Lei. Ini kerana ayahnya memiliki 185.42cm dan ibunya 170.18cm. Sebelum menjadi model, Lei adalah seorang guru. Ibu bapanya menghantar Lei masuk jurusan perguruan dengan tujuan tubuh yang tinggi memudahkannya melihat murid dengan jelas.
Namun Lei mendaftar masuk acara realiti di China dan bergelar juara. Kini dia digelar tui-tui atau berkaki panjang. Namun demikian Lei bukannya perempuan yang mempunyai betis tertinggi di dunia. Ini kerana rekod kaki terpanjang masih dipegang oleh pemain basket dari Rusia, Svetlana Pankratova. -LadyLista. |
ADVERTISEMENT