CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pisang Goreng Cheese: Bisnes Gerai Pun Boleh Berjaya!

8-6-2015 01:06 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 10968| Komen: 1

Oleh: CMFreporter2

Rasanya enak; garing, manis dan berlemak pasti membuatkan ramai yang tertawan. Itulah penangan pisang goreng cheese yang menjadi fenomena kini di seluruh Malaysia, khususnya kawasan Lembah Klang.


Apa yang menariknya, fenomena ini membuktikan makanan yang dijual di gerai atau 'food court' pun boleh meletop! Tak perlukan sebuah premis restoran yang mewah, eksklusif dan sebagainya. Inilah istimewanya!

Dengan harga serendah RM5, pisang cheese ini didatangkan dalam beberapa jenis 'versi' seperti original, coklat, karamel dan sebagainya. Antara yang terkenal dengan bisnes ialah The Pisang Cheese yang terletak di Kelana Jaya, Selangor. Ia turut menawarkan perkhidmatan penghantaran bagi memudahkan penggunanya!


Yang hendak ditekankan di sini ialah, idea memulakan bisnes tak semestinya bermula dengan bisnes yang gah-gah, bisnes yang glamor-glamor mahu pun bisnes yang besar-besar. Dengan hanya bermula melalui jualan di gerai, kiosk mahu pun booth adalah satu permulaan yang baik!


Yang penting, produk yang ingin dihasilkan dan dijual itu haruslah menarik, unik, kreatif dan dekat dengan hati masyarakat. Tidak berguna juga menjual makanan di restoran mahal namun kualiti tak terjamin. Jadikan bisnes-bisnes yang dijual kecilan seperti pisang goreng cheese, nasi lemak, yong tau fu, burger dan sebagainya sebagai contoh untuk berjaya. 


Jika anda teliti, memang banyak bisnes kecil-kecilan seperti gerai dan kiosk ini yang telah berjaya dan semakin berkembang! Tahukah anda antara kelebihannya;

1. Anda tidak memerlukan modal yang terlalu tinggi
2. Dapat belajar selok-belok perniagaan dengan lebih mahir tanpa risiko gagal yang tinggi
3. Mengetahui target pengguna anda kerana anda sendiri yang memantau bisnes
4. Menanam sifat kreatif untuk menyelesaikan masalah berbangkit
5. Menjadi orang lebih menghargai melalui rezeki yang dikecapi
6. Bisnes kreatif dan unik jadi perhatian pihak TV, jalan-jalan cari makan, artis dan sebagainya (sebagai contoh)

(Sumber foto: The Pisang Cheese)



Jangan malu untuk bermula dari bawah! Takut tak glamor? Siapa mereka nak 'judge' anda? Jangan tunggu sehinggalah segalanya sempurna. Anda boleh mula memikirkan bisnes yang anda ingin lakukan mulai sekarang. Jom majukan diri! - CARI Infonet
19

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote damia189 10-6-2015 12:08 PM
yang penting usaha kerja kuat n tawakal

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.023577 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top