Oleh : Dean BZ Sumber foto : addicted2success.com Setiap manusia didunia ini punyai cita-cita besar iaitu ingin berjaya dalam kehidupan. Tetapi sejauh manakah kita mengetahui cara ingin berjaya? Adakah sekadar meletakkan cita-cita tanpa usaha? Adakah jalan pintas untuk berjaya? Jawapan logiknya TIADA kecuali jika anda seorang yang memang "BERTUAH". Ingin berjaya dalam hidup tidak semudah seperti yang difikirkan kerana usaha berterusan adalah kunci sesebuah kejayaan. Kita mungkin selalu terfikir, bagaimana orang lain boleh jadi kaya raya punyai kereta mewah, rumah besar dan kehidupan yang serba mewah. Kenapa bukan kita? Tidakkah anda terfikir, mereka juga mempunyai pemikiran yang sama seperti anda sebelum mereka berjaya? Bezanya hanyalah mereka telah mencuba. Jadi anda bila lagi? Disini kami kongsikan 6 tip untuk pembaca yang ingin berjaya tetapi anda harus "nekad" jika ingin mencuba. Jangan "hangat-hangat tahi" ayam sahaja. Sumber foto : media.licdn.com 1- Tentukan Impian Pertama sekali, perlu tentukan apakah impian yang ingin digapai, target haruslah realistik dan masuk akal. Apabila sudah jelas impian yang ingin dicari, maka usaha-usaha ke arah mengapai impian perlu dimulakan seberapa segera. Awas! Jangan terlalu lama menyimpan impian. Sumber foto : ww.startofhappiness.com 2- Yakin Pada Diri Sendiri Yakin pada diri sendiri adalah perkara paling sulit untuk dilakukan. Seringkali kita terfikir, mampukah aku lakukan? Namun percayalah setiap manusia yang dicipta punyai kelebihan tersendiri, tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Anda hanya perlu yakin dan tentukan target impian yang betul selari dengan kebolehan diri sendiri. Sumber foto : blog.alexbuisse.com 3- Berani GagalKegagalan adalah satu dugaan dalam mencapai sesuatu impian. Perlu diingat, jangan sesekali takut atau putus asa apabila menemui kegagalan, kerana kegagalan adalah satu pengalaman berguna dimasa hadapan. Bangkit dan terus cuba lagi. Sumber foto : www.self-improvement-advice.org 4- Sentiasa Berfikiran Positif Dalam usaha mencapai kejayaan, pasti banyak dugaan mendatang terutamanya dari segi mental. Mental perlu sentiasa stabil untuk menganalisa sesuatu masalah yang dihadapi, kita jangan terlalu memikirkan sesuatu masalah sebagai satu "beban besar" yang sukar untuk dihadapi. Jika pemikiran negatif menguasai diri, ini adalah punca kenapa kita selalu gagal lebih awal. Ingat!!! Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Sumber foto : www.evanmarckatz.com 5- Jangan Abaikan Kritikan Andai anda menerima kritikan, jangan sesekali mengabaikannya. Ambil dan kaji setiap kritikan yang diterima, namun anda adalah penentu sesuatu keputusan. Dalam hal ini anda perlu bijak dan tidak emosi dalam menentukan keputusan seterusnya. Sumber foto : sv102.piclect.com 6- Doa Dan Tawakal (Berserah) Apabila kita sedang berusaha, maka perlu lah diiringi dengan doa supaya mendapat keberkatan dan dimakbulkan setiap permintaan. Seterusnya hanya tawakal (berserah kepadaNya). Jadi apa termenung lagi? Ayuh segera tentukan cita-cita dan ikuti tip diatas. Semoga kesusahan yang kita mulakan hari ini memberi kesenangan dihari esok. - CARI Infonet.
|
642
Bagus |
58
Marah |
34
Terkejut |
82
Sedih |
55
Lawak |
87
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT