Oleh: Adib Za Sesungguhnya "Syurga itu di telapak kaki ibu" dan bagi anak yang taat seperti pelakon, Johan As'ari, dia bakal ke India untuk mendalami ilmu al Quran, ilmu hafazan dan sebagainya.
Itu merupakan pesanan arwah ibunya dan demi menunaikan permintaan itu, Johan bakal menghabiskan masa selama 4 bulan di negara Asia Selatan itu bersama rakan-rakannya. Memetik laporan portal Rotikaya, Johan memberitahu, “Saya akan menghabiskan masa selama 4 bulan di India, sekaligus mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah. Sebenarnya saya telah lama menanam azam untuk ke sana, namun ekoran berdepan dengan tanggungjawab kerja, hasrat itu terpaksa ditangguhkan” “Tambahan arwah ibu sendiri pernah menyuarakan hasratnya untuk saya memperbaiki ilmu hafazan kerana telah lama ditinggalkan. Disebabkan itu, saya nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia demi mengejar ilmu di sana.”
Semoga perjalanan Johan di India nanti bersama rakan-rakan seperjuangan dipermudahkan. - CARI Infonet
|
6
Bagus |
20
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
21
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tomet05 replied at 10-6-2015 08:47 PM
alhamdulillah tapi dia memang hafiz pun kan
exclusive_vvip replied at 10-6-2015 08:54 PM
dia hafal 3,4 juzuk ja dulu tu...boleh panggil hafiz juga ke?
doubleA replied at 10-6-2015 08:56 PM
err kalau berjuzuk2 tu belum tahap hafiz lagi, tapi bagus la, penghafaz juga.
Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja. Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini. Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri. Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan.
edoraixora replied at 11-6-2015 02:35 AM
Setelah digugel, arwah maknye mninggal 30 mei aritu....lbih kurg 11 hari dah
Meninggal sbab strok r ...
ADVERTISEMENT