Oleh Fyruz l Cari Infonet
Biasa orang cakap mengelamun ni tanda fikiran terganggu, ada masalah cinta, keluarga atau masalah di pejabat. Mengelamun ini ibarat makan tak lalu, mandi tak basah, akibatnya kalau anda mengelamun. Hilang tumpuan tu memang tak baik tapi namun seperti yang ditulis didalam Daily Health Post, hasil penelitian mereka menemui kebaikan mengelamun. Jom baca: 1. Lebih empati
mereka yang 'kuat berangan' ini dilihat lebih prihatin dan lebih mudah berempati. Dengan era serba canggih ini, hubungan antara ingatan, imaginasi adalah kuat dan mudah mereka mengerti tindakan pihak lain. 2.Menajamkan ingatan Menurut american Psychological Association, membayangkan sesuatu dari perspektif berbeza adalah cara berkesan otak untuk mengingat informasi secara khusus. 3. Meningkatkan kreativiti Setelah diteliti, kreativi bermula daripada khayalan. Melalui khayalan, otak bekerja dengan lebih aktif untuk menghasilkan sesuatu kerana berkhayal mampu mendidik mereka berfikir dari pelbagai sudut. 4.Menggembirakan hati Mengelamun tak terbatas untuk perkara yang berat. kadang-kadang perkara remeh yang menggembirakan mampu membuatkan manusia ceria. Ini akan meningkatkan hari anda lebih baik dan menimbulkan rasa tenang. -LadyLista.
|
ADVERTISEMENT