Oleh Fyruz l Cari Infonet
Adakah anda mudah ketawa tak memasal? Kadang-kadang anda terperangkap dalam satu situasi yang anda seorang sahaja rasa ianya kelakar namun yang lain tidak pula rasa seperti apa yang anda rasa. Hasil penelitian sebenarnya mendapati gen mempengaruhi kekuatan seseorang bereaksi dengan sesuatu perkara yang melucukan. Dalam kajian yang dilakukan, penyelidik mengambil sampel air liur untuk diuji gen 5HTTLPR menemukan mereka yang mempunyai alel pendek lebih mudah tersenyum dan ketawa. Berbanding mereka yang mempunyai alel yang panjang, mereka kurang tersenyum mahupun ketawa.
Mereka dengan gen alel versi pendek ini lebih sensitif dengan hal-hal baik mahupun hal-hal buruk dalam hidup mereka. Selain itu, mereka dengan alel pendek ini mempunyai kapsiti thalamus dalam otak lebih besar (berperanan untuk memandu emosi) "Ia masuk akal kerana mereka dengan alel yang pendek memiliki peningkatan emosi postif dan negatif lebih cergas kerana daerah otak yang memandu emosi lebih besar berbanding orang lain," kata Keith Young, Professor Psikiatri di Texas A & M health Science Center. sumber: livescience.com
|
ADVERTISEMENT