Oleh Fyruz l Cari Infonet
Terkejut dengan tarian 'booty-shaking' oleh Jennifer Lopez di Festival Rabat pada 29 May lalu, Perdana Menteri Morrocco tekad mengambil tindakan atas aksi itu. Dalam konsert tersebut, JLo banyak menggunakan tarian yang menggoyang-goyangkan punggungnya dan sering dipertontonkan punggung sebagai pusat tumpuan. JLo yang sememangnya terkenal dengan 'sexual overtones' menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin negara itu.
Perdana menteri tersebut menulis surat kepada pihak berkuasa tertinggi Komunikasi Audiovisual untuk mengambil tindakan undang-undang pada mereka yang bertanggungjawab. Jika tindakan diambil, JLO bakal menghabiskan masa 2 tahun di penjara. Perdana Menteri itu juga berang dengan stesen TV tempatan yang gagal untuk menapis rancangan sebegitu yang dan menayangkan aksi lucah tersebut selain akan memberhentikan mereka yang bertanggungjawab menayangkan rancangan tersebut. sumber berita dan gambar: metro.co.uk |
ADVERTISEMENT