CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis siasat Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan - KPN

15-6-2015 12:03 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 17664| Komen: 128



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis akan menyiasat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengikut Akta Hasutan 1948 kerana memberi amaran kepada Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Khalid bercakap kepada Malaysiakini, laporan polis sudah dibuat ke atas Nazri dan beliau disiasat kerana memberi amaran kepada Tunku Ismail agar menjauhi politik.

Beliau berkata polis juga akan mengambil kenyataan Nazri tidak lama lagi.

Memetik laporan The Star Online, Nazri pada Sabtu memberi amaran kepada Tunku Ismail supaya menjauhi politik jika tidak mahu "dibelasah" apabila mengkritik Najib yang tidak muncul dalam program "Nothing To Hide" bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Tunku Ismail pada 5 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook 'Johor Southern Tigers' membidas Najib tidak muncul di khalayak umum menjawab persoalan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mahu menyembunyikan banyak perkara.

Komen itu dimuat naik baginda beberapa jam selepas forum yang dianjurkan SukaGuam itu dibatalkan oleh polis atas faktor keselamatan.

Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers berkata: "Macam mana boleh adakan dialog dipanggil Nothing2Hide yang menampilkan seorang yang banyak perlu disembunyikan? Memanglah dia tak akan muncul."

Tulisan Tunku Ismail juga mengatakan mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab tidak patut menyalahkan rakyat kerana kehilangan kepercayaan umum. - CARI Infonet




36

Bagus
24

Marah
19

Terkejut
27

Sedih
43

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (178 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 15-6-2015 10:31 AM
wow....Buat Atok Nazri..
sbb mulut badan binasa..
ni la kalu selalu merasa hidup bab menongkat langit..


Quote the_killer 15-6-2015 10:33 AM
NGO india byk buat laporan Polis....mana NGO Melayu? NGO Jawa? NGO banjar? NGO Bugis?
Quote pakis_hutan 15-6-2015 10:34 AM
engko igt dia kesah? lagi di maki hamunkan polis tu..ko tgk la nanti.. dia ni kan keras kepala
Quote MeghanK 15-6-2015 10:35 AM
ai tak suka pon dedua ni..nazri ke tmj ke sama jeje tapi macam best je tengok dorang gaduh..cant wait to see more
Quote kentel 15-6-2015 10:37 AM
bestnya....gangster kg. pisang vs gangster kaya gado *grab popkon*
Quote mawarika 15-6-2015 10:38 AM
Sekali ko menyampah kt tmj.. Berbillion2 kali org menyampah kt ko anak beranak neno neno nenoned
Quote zulka 15-6-2015 10:38 AM
alaa...ini sumer propa je...
ntah2 dorang tu berwasap wasapan je...
Quote gaara_X 15-6-2015 10:44 AM
dah kena gelanggang nie.....
Quote sashin 15-6-2015 10:46 AM
terberjangkit perangai isteri bongsu ke ?
mulut laju dari otak
Quote revolusi_30 15-6-2015 10:48 AM
Kalau x mau kene kritik jangan la campur urusan politik... Itu yg nazri ckp, apa x betul
Quote ridz09 15-6-2015 10:48 AM
Bergaduh...bergaduh lagi....
Quote sukacactus 15-6-2015 10:51 AM
Best layan ni pasal dua2 bajet bagus
Quote hzln 15-6-2015 10:58 AM
makna kata ummah jdt lebih sayang raja dari umno lah...tmj pls stir some more shit...i loikeee
Quote mahmoode 15-6-2015 11:05 AM
makan pop corn jah....
bagus la....dedua pun aku x suka!
Quote kecimpret 15-6-2015 11:06 AM
drama slot akasia...lepas ni sume takde pape..back to normal
Quote prettyuglybabe 15-6-2015 11:08 AM
makin menarik
Quote fredza 15-6-2015 11:09 AM
pulun johor pulun
Quote ctaz 15-6-2015 11:23 AM
ala lakonan duniawi jer nih.....
Quote mizsrose 15-6-2015 11:55 AM
kan dah malu.... bercakap lebih kurang cam diri tu besar sangat...

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.216138 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top