Oleh Adib Za
Pelawak Rahim dikhabarkan mengalami sesak nafas selepas mengadakan persembahan Konsert Jelajah Sepahtu di Jengka.
Namun, kini keadaan Rahim dilaporkan semakin baik. Memetik laporan di portal Mstar Online, Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 45 mengalami masalah sesak nafas akibat serangan gastrik. "Sebenarnya ia tidak begitu serius cuma sewaktu selesai mengadakan persembahan saya mengalami masalah sukar untuk bernafas akibat daripada gastrik. "Selepas melihat keadaan saya begitu, mereka segera menghantar saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," ujarnya menerusi portal berkenaan. Rahim bagai manapun menafikan masalah sesak nafas itu berpunca daripada sakit jantung seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak. Selepas melalui beberapa ujian pemeriksaan, doktor mendapati kesakitan berlaku akibat penat dan masa makan yang tidak menentu.
"Doktor turut melakukan pemeriksaan jantung dan mengambil darah, Alhamdulillah tiada apa yang serius cuma ia mungkin disebabkan oleh penat dan makan yang tidak menentu. "Ia juga berlaku disebabkan perasaan terlebih gemuruh untuk mengadakan persembahan kerana ini adalah konsert jadi ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada diri saya," katanya lagi menerusi portal Mstar. Semoga Rahim cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa hendaknya ya. Jangan lupa jaga pemakanan ya. -CARI Infonet |
20
Bagus |
26
Marah |
15
Terkejut |
16
Sedih |
24
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chaintea replied at 15-6-2015 11:06 AM
smlm tgk di FB bersepah kata Rahim dh passed away
check di Cari Gossip xde apa news
ADVERTISEMENT