Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menjadi pendorong kepada pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari untuk meraih pingat emas dalam acara Putra E (65-70kg) pada Sukan Sea ke-28 semalam. Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Singapura, Mohd Al-Jufferi mengalahkan pesilat Vietnam, Van Hoang Vu 5-0. Pingat gangsa menjadi milik pesilat Brunei, Mohamad Kifli Hamzah dan Sheik Ferdous Sheik Alau'din dari Singapura. Memetik daripada laporan BERNAMA, pesilat berasal dari Kuantan, Pahang itu berkata kehadiran timbalan perdana menteri amat bermakna dan satu penghargaan bagi dirinya sebagai atlet apabila pemimpin nombor dua negara sanggup turun padang menyaksikan mereka bertarung. Muhyiddin turut menyampaikan pingat kepada pemenang acara Putra Kelas E dan Putri Kelas D. Mohd Al-Jufferi yang merupakan pemenang pingat emas acara yang sama pada Sukan Sea 2013 di Myanmar dan edisi 2011 di Indonesia, berkata beliau memang mengharapkan kemenangan hari ini bagi mencipta hatrik.
Mohd Al-Jufferi, 23, berkata beliau berhasrat untuk bersara daripada sukan pencak silat selepas Sukan Asia 2018 di Indonesia. - CARI Infonet |
4
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
18
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT