Foto oleh MYNEWSHUB.CC Waktu bekerja bagi kakitangan awam di Brunei sepanjang Ramadan tahun ini diselaraskan kepada enam jam sahaja sehari bagi hari biasa dan cuma tiga jam setengah pada Jumaat. Ini bermakna, sekiranya waklu bekerja bermula pukul 8.00 pagi maka pada pukul 2.00 petang penjawat awam sudah boleh pulang ke rumah. Menurut portal FMT, jadual waktu baru itu dikeluarkan menerusi Surat Pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri Brunei, Yahya Idris pada Isnin. Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah telah memberi perkenan terhadap pelaksanaan tersebut.
Foto oleh MYNEWSHUB.CC Menurut Pekeliling itu, pada Isnin sehingga Khamis, waktu bekerja bagi kakitangan awam ditetapkan pada jam 8 pagi hingga 2 petang. Manakala pada Jumaat, operasi di pejabat awam bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi. Sementara itu, bagi pekerja-pekerja sektor swasta dan bergaji hari pula, masa bekerja akan dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa. Penentuan waktu bekerja juga terserah kepada budi bicara kementerian dan jabatan masing-masing.- CARI Infonet Sumber : Mynewshub.cc |
ridz09 replied at 16-6-2015 08:09 AM
Bestnya rakyat Brunei...
tapi kat malaysia ni dah ok balik awal sejam, kalau ikut brunei habis li ...
leylapple replied at 16-6-2015 08:48 AM
brunei blh la buat mcm tu..mana ada kilang, gomen servant pun sikit jer....lagipun majoriti islam ka ...
dino replied at 16-6-2015 08:53 AM
kan.... tu ade yg berangan tu katanya untungnya rakyat brunei..... yela untung duk dlm sangkar ema ...
crankshaft replied at 16-6-2015 08:20 AM
Kalau tak dapat balik awal....7 keturunan bos/ kompeni seme kena maki...ye tak?
Kah kah kah
ADVERTISEMENT