Foto oleh : The Star/ Ann Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Beliau berkata tiada alasan bagi penjawat awam untuk tidak membayar balik pinjaman memandangkan mereka mempunyai pendapatan tetap. Tegasnya lagi, bagi peminjam yang tidak membayar balik boleh dikatakan telah mengkhianati perjanjian dan menafikan hak pelajar lain untuk mendapatkan pinjaman yang sama kerana kita sedia maklum jumlah pinjaman PTPTN kini telah dikurangkan kerana ramai yang tidak membayar balik, Katanya Jabatan Perkhidmatan Awam perlu pertimbangkan tindakan tatatertib dikenakan kerana penjawat awam harus mendukung dasar kerajaan dan bukan mengkhianati perjanjian tersebut. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai larian amal "Reach Out Run: Run for a Cause" ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa lebih 33,000 penjawat awam masih gagal membayar pinjaman PTPTN. Khairy berkata beliau faham sekiranya atas beberapa masalah seperti menghidap penyakit kronik mungkin mereka tidak mampu bayar balik, namun peluang masih diberikan untuk mereka menjadualkan semula bayaran balik.- CARI Infonet
|
3
Bagus |
10
Marah |
8
Terkejut |
2
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gaara_X replied at 16-6-2015 07:24 AM
nak wat cam ne...anak2 pak munteri mana de wat loan PTPTN pun nak belajar.....kekadang ada pro ...
razhar replied at 16-6-2015 12:42 PM
KJ ni awat bahalol? knp gomen x check status employee depa semasa mula berkerja dan buat auto deduct ...
ADVERTISEMENT