CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Tips Jaga Kecantikan Ketika Ramadhan

16-6-2015 01:08 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3291| Komen: 0



Bulan Ramadhan hampir tiba selang beberapa hari sahaja. Semasa berpuasa sememangnya tubuh kita bakal menunjukkan tanda-tanda kurang air. Dan ini juga akan mempengaruhi penampilan kerana kulit akan menjadi kering, badan terasa lemas, lesu.

Bagaimana agar kita sentiasa kekal cergas dan cantik di bulan Ramadhan ini? 

  • Pentingnya menjaga kandungan cecair didalam badan agar kita sentiasa kekal cergas dan tidak lesu. Sebaiknya, semasa berbuka, berbuka dengan air kosong dan hindari daripada minuman yang manis. Ini kerana, jika kita mengamalkan air manis, cecair dalam tubuh akan kurang kerana otak menerima isyarat air telah mencukupi.
  • Banyakkan mengambil protien seperti daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang kerana untuk mengekalkan kelembapan kulit, kuku, dan rambut agar tetap sihat.
  • Hindari daripada makan makanan yang masin. Ini kerana ia akan mengganggu kestabilan air dalam badan, sama seperti gula. 
  • Mendapatkan tidur yang mencukupi. Walaupun pada bulan Ramadhan, kita mengerjakan solat terawih, disarankan anda supaya mengurangkan aktiviti pada siang hari supaya anda tidak letih.  -LadyLista.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.023926 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top