Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengakui bahawa gabungan politik Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi berfungsi secara formal. Katanya keadaan itu berlaku berikutan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas di Muktamar PAS Ke-61, manakala Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan 'penamatan riwayat' PR, dan dianggap oleh PKR sebagai tergesa-gesa. Beliau berkata perkara tersebut adalah antara keputusan yang dibuat semasa mesyuarat Biro Politik PKR semalam.
Wan Azizah berkata PKR juga akan merintis usaha untuk membina permuafakatan parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh-tokoh berpengaruh untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN). PR ditubuhkan pasca Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 atas inisiatif bekas presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan utama dengan membawa tiga parti pembangkang terbesar dalam negara yang bergabung untuk menentang BN.- CARI Infonet Sumber : BERNAMA |
10
Bagus |
2
Marah |
2
Terkejut |
1
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jengkoil replied at 17-6-2015 02:09 PM
Nape azmin memihak PAS?
Knights replied at 17-6-2015 02:22 PM
kalau bn lawan pas lawan pasma
camna
atira replied at 17-6-2015 02:28 PM
by de way.. keputusan PKR ni ada kat FMT je..
online news lain termasuk malaysiakini dap tak de apa ...
dauswq replied at 17-6-2015 02:31 PM
PKR S'gor mahu kekal kerjasama PAS, DAP
Walau Pakatan Rakyat sudah berkubur, PKR tetap berusaha u ...
Anak_Nogori replied at 17-6-2015 02:36 PM
saya percaya pkr sudah terbentuk kpd dua golongan....golong sokong dap golongan sokong pas..sbb tu s ...
d'zeck replied at 17-6-2015 02:49 PM
sebenarnya sape jurucakap rasmi
PKR ni AN?
ADVERTISEMENT