Lelaki yang juga penganggur bukan sahaja merogol anak kandung, malah menyeksa isterinya dengan memasukkan objek asing ke dalam kemaluannya ketika melakukan hubungan seks.
Suspek, 40, ditahan semalam selepas perbuatan terkutuknya itu terbongkar apabila isterinya berusia 35 tahun membuat laporan polis dengan bantuan anak saudaranya yang ditemui di Alor Setar. “Isteri mangsa memaklumkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun dirogol suspek. “Mangsa sebelum ini tidak mahu menghebohkan kejadian itu kerana bimbang dipukul suspek yang panas baran,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah di Sungai Petani hari ini, lapor Kosmo.
Difahamkan, mangsa rogol merupakan salah seorang daripada enam anak pasangan itu dan ia berlaku sejak Disember tahun lalu dengan kejadian terakhir pada Jun lalu. “Remaja itu yang juga pelajar cemerlang didakwa dirogol bapa kandungnya ketika isterinya keluar bekerja atau sedang tidur. “Sejak itu, mangsa mendakwa dirogol sebanyak enam kali dengan kejadian terakhir berlaku pada petang Jun lalu,” ujarnya. Sementara itu, isteri suspek pula mendakwa kemaluannya sering dimasukkan botol serta objek keras yang tidak diketahui ketika melakukan hubungan seks sejak tiga tahun lalu selepas kelahiran anak bongsu. Selepas ditahan, suspek mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap isteri serta anaknya. Suspek yang bebas dari pengaruh dadah direman tujuh hari untuk membantu siasatan. - CARI
|
ADVERTISEMENT