"Tak payahlah nak fitnah. Kau yang kena tangkap positif dadah. Sekarang turun naik mahkamah, tak tahu malu! Sedarlah diri tu! Tua! Nak tuduh FM pula kena tangkap dadah. Jijik la si janda tua." Fara Mendoza naik hantu apabila namanya tiba-tiba dipetik dan dikaitkan dengan kes dadah serta aktiviti pelacuran. Menerusi beberapa hantaran di Instagram, pemilik nama Norfaralinah Md Yunus itu menegaskan dirinya tidak melakukan aktiviti tidak bermoral itu seperti didakwa segelintir pihak. Sebaliknya, dia menjelaskan ia hanya kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan pergi ke pub. "Tak fahamlah apa yang kau nak dalam hidup kau janda tua, sumbing. "Sedarlah diri kau yang positifdadah, kenapa nak fitnah aku pulak kena tangkaplah, dadah lah, pelacur lah. Perlu ke nak buat fitnah nak samakan diri kau yang jijik?" soalnya terhadap seorang individu. Walaupun tidak menamakan individu yang dituju, namun berdasarkan julukan janda tua dan komen pengikutnya, Fara meluahkan rasa kesal dan marahnya itu terhadap Zarina Anjoulie. Kalau betul orang yang fitnah dia tu Anju, kenapa perlu buat begitu? Tapi, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang kan? - CARI
|
CikYaYaYa replied at 14-10-2021 10:47 PM
Off topikk Wehh porumm tukarr wajahh dahh ke..? feninggg laaa hakuu [em:7:]
bankerpencen replied at 14-10-2021 11:22 PM
Filter gambar ya ampun.
slyfynx replied at 14-10-2021 10:55 PM
OT jugak.
Ade dark mode x untuk desktop?
Notices die pun pening
Carcosa replied at 14-10-2021 10:38 PM
Dua2, pegi jahanam
Perangai dua2 hodoh, muka pon hodoh
ADVERTISEMENT