Polis mengesahkan lelaki yang sebelum ini tular menunaikan solat di tengah Jalan Ipoh semalam sebenarnya seorang pesakit mental.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, anggota JSPT yang sedang melakukan rondaan dimaklumkan tentang kejadian kira-kira jam 3.35 petang dan segera bergegas ke lokasi.
“Anggota kemudiannya mendapati seorang lelaki sedang berdiri di tengah jalan sambil melaungkan azan dan bersolat yang kemudiannya dipujuk lalu dibawa ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk menenangkannya. “Pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an dan dia juga memakai gelang putih yang menyerupai gelang hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sarifudin berkata, semakan lanjut mendapati dia merupakan pesakit psikiatri di Hospital Selayang yang telah melarikan diri dari wad. “Pihak Hospital Selayang yang dihubungi kemudiannya menghantar ambulans ke lokasi dan membawa lelaki tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” ujar beliau. Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang anggota polis trafik dirakam sedang mengawasi lalu lintas sambil seorang lelaki dilihat sedang menunaikan solat di tengah jalan raya. Kejadian yang dirakam kamera papan pemuka pengguna jalan raya itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang memuji tindakan anggota polis berkenaan membiarkan lelaki tersebut selesai solat terlebih dahulu sebelum mengalihkannya. Sumber: K! ONLINE
|
nakkomenjugak replied at 17-10-2021 03:27 PM
Dapat kat mak iol
Mesti sheol kata niii haaa orang sakit mental pun solat
ADVERTISEMENT