Polis Banten memohon maaf secara terbuka kepada keluarga pelajar universiti yang dipukul anggota polis ketika menyertai demonstrasi di Tangerang kelmarin.
Kejadian itu sempat dirakam dan tular dalam media sosial di negara itu. Dalam video berkenaan, pelajar terbabit dikenali sebagai Fariz ‘dihumban’ seorang anggota menyebabkan dia terbaring dan pengsan.
Insiden itu juga disaksikan beberapa anggota polis lain yang segera membantu pelajar tersebut menyedarkan diri. Ketua Polis Banten, Rudy Heriyanto berkata, beliau mewakili semua polis di daerah itu memohon maaf atas insiden berkenaan. “Kami akui tindakan itu tidak profesional dan sehubungan itu, kami memohon maaf kepada keluarga Fariz. “Anggota polis yang terlibat akan menerima hukuman atas perbuatannya,” katanya. Sementara itu, keadaan fariz kini dilaporkan semakin pulih selepas dikejarkan ke hospital susulan insiden tersebut. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT