Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menyatakan pada Khamis bahawa anggotanya yang masih tidak disuntik vaksin Covid-19 akan dipecat daripada perkhidmatan.
Amaran itu diberikan sebelum tarikh akhir tamat suntikan vaksin tersebut yang perlu diperoleh askar-askar AS iaitu pada 28 November depan. Menurut tentera berkenaan dalam satu kenyataan, ia akan menyingkirkan askar-askar yang enggan menerima vaksin dan merupakan penerangan jelas mengenai nasib bakal diterima mereka yang enggan menerima vaksin berkenaan. Ketua Kakitangan Tentera Laut AS, Laksamana John Nowell berkata, tentera itu sebelum ini mempunyai 164 kes kematian sejak pandemik tersebut bermula. Daripada jumlah itu, sebanyak 144 kes adalah kerana tidak mendapat vaksin manakala status 20 yang lain masih tidak jelas. Jurucakap Jabatan Pertahanan AS, John Kirby pada Selasa lalu menyatakan, bahawa secara keseluruhannya sebanyak 96.7 peratus atau hampir 1.4 juta askar negara itu yang aktif telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19. - Sumber: Sinar Harian
|
Babai: Ini memang bagus.
jalfa replied at 15-10-2021 01:29 PM
Mohon tentera laut usa upah loyer mcm sorang tentera malaysia...
edayildiz replied at 15-10-2021 11:03 AM
kt ofiss td ada sorg laki x vaxx..pastu kena kaunseling dorg tnya awat takmo vaxx..dorg bg dua pilih ...
fortiori13 replied at 15-10-2021 10:19 PM
Musti dia gi cucuk kan, kan...hihi....
edayildiz replied at 15-10-2021 10:26 PM
dia jwb nk fikir dulu..pdhl kalau dia nk p cucuk mahsa bebetulndpn ofis n bdk2 company mmg cucuk s ...
edayildiz replied at 15-10-2021 10:26 PM
dia jwb nk fikir dulu..pdhl kalau dia nk p cucuk mahsa bebetulndpn ofis n bdk2 company mmg cucuk s ...
ADVERTISEMENT