Beberapa foto tersebar di Facebook selepas makhluk aneh kelihatan seperti makhluk asing terdampar di sebuah pantai di Australia.
Makhluk misteri berwarna merah jambu dan tembus cahaya itu dilihat di perairan cetek di Pantai Urangan di Teluk Hervey, Queensland, lapor Daily Star. Menurut laporan BreezyScroll berhubung penemuan gumpalan aneh, orang awam mengambil gambar dan mempersoalkan sama ada makhluk itu merupakan spesies ikan batu yang terancam. Ikan batu adalah ikan paling berbisa di dunia dan mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang satu jam.
Namun, teori dalam kalangan pengguna Facebook masih belum menemui jawapan mengenai spesies berkenaan, dan adakah ia sebenarnya dari bumi. Timbul spekulasi mengenai ia sebenarnya merupakan bahagian ikan paus atau jerung yang cedera atau telah mati. National Geography mendakwa ia adalah nudibranch, yang biasanya dijumpai di dasar laut dan sebahagian daripada keluarga siput laut. Walaupun lebih 2,000 spesies dikenal pasti, spesies baharu nudibranch sering dijumpai. Dilaporkan, penemuan aneh di Queensland tu menarik perhatian sekumpulan pakar di Muzium Australia. Sumber: mStar |
dudaberhias replied at 15-10-2021 02:49 PM
Tembus cahaya ke lutsinar, mana satu perkataan yang betul ya untuk kita guna? #cikgubm masuk lerrrr
...
ADVERTISEMENT