Seorang remaja lelaki melecur pada bahagian tangan dan perutnya selepas semburan deodoran yang dipakainya menyebabkan letupan serta kebakaran di rumah keluarganya.
Ketika kejadian, Atrin Behazadi, 13, sedang memakai deodoran di dalam biliknya dan semburan itu terkena lilin yang dipasang, sekali gus menyebabkan letupan. Puluhan keluarga yang tinggal di blok perumahan itu melarikan diri selepas letupan berlaku kira-kira pukul 8 malam kelmarin. Sebanyak 10 jentera bomba dengan 70 anggota dikerah ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian.
Ibu Atrin, Sarah memberitahu, tingkap dan pintu rumahnya hancur sepenuhnya akibat letupan tersebut. “Anak perempuan saya sempat menghubungi 999 dan ketika kejadian, saya tidak berada di rumah kerana keluar membeli barangan dapur. “Atrin kini dalam keadaan stabil walaupun mengalami luka melecur yang agak teruk,” katanya. Semua penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas bomba memastikan keadaan selamat. Sementara itu, bomba memaklumkan rumah Atrin hampir 80 peratus terbakar dan banyak barangan musnah. -CARI Sumber: Utusan Online
|
nononcrux replied at 15-10-2021 03:17 PM
maaf lari topic, kenapa credit aku hilang 40 ya? sedih
Samerosie replied at 15-10-2021 05:00 PM
Atrin Behazadi, 13, caused an explosion when deodorant sprayed onto a candle
He was in his bedroom o ...
trexxxxxi replied at 15-10-2021 04:17 PM
Oh dia guna sprayer
Benda tu kan mudah flame
Budak lagi.. tak reti kot
Samerosie replied at 15-10-2021 04:00 PM
Atrin Behazadi, 13, caused an explosion when deodorant sprayed onto a candle
He was in his bedroom o ...
ADVERTISEMENT