Tiada apa yang mampu diungkapkan penyanyi Ashira dan suaminya, Bad Indigo selain rasa kesyukuran selepas dikunjungi pendakwah terkenal, Ebit Lew di kediamannya semalam.
Menerusi hantaran dalam Instagram, Ashira turut berterima kasih atas kehadiran Ebit meluangkan masa menziarahi suaminya yang kini diuji dengan masalah kesihatan. “Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar. Allah hadirkan rezeki dalam pelbagai cara. Hari ini (semalam) tumpang rezeki suami. Dapat jumpa Ustaz Ebit Lew yang datang ziarah Bad di rumah. “Selalu berkata-kata, bilalah dapat berjumpa insan hebat ini, alhamdulillah Allah makbulkan. Berkaca mata dengar ceramah Ustaz, Allah terima kasih atas rezeki ini,” tulisnya.
Pada masa sama, pelantun lagu Ombak Resah itu turut menitipkan doa dan kesejahteraan buat Ebit Lew dan semua insan yang mendoakan keluarga mereka.
|
Orix replied at 15-10-2021 06:44 PM
Kahkahkahkah ! Rider mcm tu la
matjerk replied at 15-10-2021 08:40 PM
FW menggunakan para astaziah utk mendapat sokonga..
EL menggunakan para retis utk mendapatkan sokong ...
bedahmenjuyah replied at 15-10-2021 11:32 PM
Sapa FW?
ADVERTISEMENT