Sebelum ini Iqbal kata dia dah tawar hati dengan DS Vida. Namun sekarang dia terkejut beruk bila jutawan kosmetik itu datang ke rumahnya jam 3 pagi!
Di Insta Story, Iqbal ada memuat naik gambar dan video. Katanya dia tak pernah mendedahkan alamat rumahnya sebelum ini. "Saya keluar tanpa pakaian penuh, kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah. Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa,”katanya. DS Vida datang bukan tangan kosong, sebaliknya membawa sebentuk cincin buat Iqbal. "Saya layan sahaja dengan emosi yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali, saya sebenarnya penat begini." Malah Iqbal juga kan menyiasat perkara tersebut. "Saya marah pada security guard. Macam mana boleh mudah lepas walhal ada dua tapisan pondok keselamatan untuk masuk ke kawasan rumah saya? Hanya pemegang kad sahaja yang boleh masuk. Biasanya security guard akan hubungi terlebih dahulu jika orang datang,” Menurut Iqbal lagi, Vida datang bersama anaknya, Kacak. Kita tunggu penjelasan Vida selepas ini. -CARI |
nurul_akmar replied at 16-10-2021 04:58 PM
Kena ke cakap xberpakaian penuh?????????️
ADVERTISEMENT