CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Solat Di Masjidil Haram Dan Nabawi Kembali Rapat Saf, Kapasiti Penuh Dan Tiada Lagi Jarak

17-10-2021 01:47 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4282| Komen: 50




Mekah - Hari ini Arab Saudi mula melonggarkan syarat jarak saf dalam solat berjemaah yang ditetapkan sejak bermula pandemik Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Di Masjidil Haram, petugas mula mencabut stiker petanda jaga jarak 1.5 meter selepas waktu Isya malam tadi (Sabtu).



Dalam siaran langsung dari Masjidil Haram pagi tadi, jemaah yang menunaikan solat Subuh dengan kapasiti penuh di masjid terbesar di dunia itu dilihat telah mula merapatkan saf.

Video mengenai kelonggaran syarat terbaharu itu turut dikongsi di Instagram Penceramah Bebas, Ustaz Abdulllah Khairi.




Menurut Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi menerusi infografik yang dimuat naik di laman Twitter rasminya memaklumkan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat terbuka, kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua masjid suci berkenaan.

Kementerian juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.


Bagaimanapun, hanya penerima dua dos vaksin yang dibenarkan memasuki kesemua premis berkenaan.

Kebenaran ini juga diberikan kepada golongan yang dikecualikan daripada mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup separuh muka.



Tindakan kelonggaran SOP yang diambil oleh Arab Saudi berikutan penurunan kes harian Covid-19 sejak mencapai kadar vaksinasi yang tinggi. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ctrl 17-10-2021 01:53 PM
alhamduillah...malaysia bila lagi
Quote edayildiz 17-10-2021 01:55 PM
Alhamdulilah..sinovac blh pergi tak
Quote cmf_premierleag 17-10-2021 01:57 PM
bila bukak border je instafemes takde nak gi umroh pun
sume pakat2 gi LANDENNNN
bleh brag kt ig
Quote BicaraHatiku 17-10-2021 02:09 PM
edayildiz replied at 17-10-2021 01:55 PM
Alhamdulilah..sinovac blh pergi tak

Boley tapi kena ada dose penggalak chuols!
Quote edayildiz 17-10-2021 02:11 PM
BicaraHatiku replied at 17-10-2021 02:09 PM
Boley tapi kena ada dose penggalak chuols!

pulak bye bye jer la
Quote rainbowrainz 17-10-2021 02:55 PM
Alhamdulillah.. Malaysia???tunggu kj firaun bgtau
Quote silencekiller 17-10-2021 02:59 PM
lorrr dah rapat balik kaa?? dulu2 puak2 akhir zaman kaa konspirashit kaa suka bawa cerita akhir zaman kaa dajjal kaa NWO kaa utk relate dengan issue solat jarak2 terutama di Tanah Haram ka apa kaa ... ternyata "ramalan" & tilikan depa syiok sundri... kalo kena depa gumbira kununnn dah "ramal" dari awai.. tak kena diam2 bawa teori baru..
Quote abangbikerz 17-10-2021 02:59 PM
apa faedah solat rapat2. sama jerrr ponnn
Quote naina 17-10-2021 03:06 PM
Alhamdulillah..tunggu Malaysia plak la.
Dah capai lebih 90% kan.
Mekoh tu lagi lah dari pelbagai negara dan bangsa dan tahap imunisasi badan berlainan.
Quote naina 17-10-2021 03:08 PM
abangbikerz replied at 17-10-2021 02:59 PM
apa faedah solat rapat2. sama jerrr ponnn

Tak leh jarak2..tengah2 tu syaitan nanti dia hasut macam2 jadi was2 solat tak khusyuk.
Quote abangbikerz 17-10-2021 03:10 PM
naina replied at 17-10-2021 03:08 PM
Tak leh jarak2..tengah2 tu syaitan nanti dia hasut macam2 jadi was2 solat tak khusyuk.

kahkahkahkahkah
Quote CikYaYaYa 17-10-2021 03:14 PM
Nanti mungkin giliran Malaysia pulak. Hakuu nak tengok nanti yang duk meroyan solat jarak2, masjid totop tuu pegi ke idokkk masjid nyaa n solat berjemaah ke idok..
Quote kitmal 17-10-2021 05:43 PM
cmf_premierleag: bila bukak border je instafemes takde nak gi umroh punsume pakat2 gi LANDENNNN bleh brag kt ig


kalau pak arabpun berduyun duyun pi lenden..apalagi umah malaysia
Quote cikmouse 17-10-2021 05:46 PM
Alhamdulillah...tp kos umrah laaa nieee boleee tahan regenyaaaa...rm6900..
Quote missus_meow 17-10-2021 05:59 PM
cikmouse replied at 17-10-2021 05:46 PM
Alhamdulillah...tp kos umrah laaa nieee boleee tahan regenyaaaa...rm6900..

ade yg hampir RM9000 untuk berdua ... kalo pakej vip, tak taulah ...
Quote zamnie 17-10-2021 06:02 PM
cikmouse replied at 17-10-2021 05:46 PM
Alhamdulillah...tp kos umrah laaa nieee boleee tahan regenyaaaa...rm6900..

Kat agency mn tu murah gak, yg lain tgk pakej semua dlm 8k keatas..
Quote kakikuDibibirmu 17-10-2021 06:15 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 17-10-2021 06:16 PM

Baguslah orang Islam sudah tidak sembah-Hyang jarak-jarak lagi yang dahulunya persis ugama Buddha dalam kuil jah, blastoff tersenyum sinis
Quote vee_zara 17-10-2021 06:20 PM
Alhamdulillah semoga kita semua yg beragama Islam dalam forum ni dapat menunaikan lagi ibadah umrah dan haji. Rindunya tanah suci Mekah dan juga Madinah.
Quote aechae 17-10-2021 06:24 PM
CikYaYaYa replied at 17-10-2021 03:14 PM
Nanti mungkin giliran Malaysia pulak. Hakuu nak tengok nanti yang duk meroyan solat jarak2, masjid t ...

Kt cni pn nnt2 yg bleh msuk berjemaah n rapat saf yg dh vaksin jugak….merempan lg yg x vaksin
Nk buat cmna pilihan masing2 gtuuuu

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.269828 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top