CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rayu Dipenjara Kerana Tak Nak Tinggal Bersama Isteri

25-10-2021 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2096| Komen: 8

Seorang lelaki yang dikenakan hukuman tahanan rumah dilaporkan meminta polis menghantarnya ke penjara.

Permintaan itu dibuat lelaki terbabit kerana dikatakan tidak mahu menjalani hukuman itu bersama isterinya.


Lelaki berusia 30 tahun itu pergi ke balai polis di Itali hari minggu lalu untuk membuat rayuan.


Gambar hiasan

Media tempatan melaporkan dia bertindak sedemikian kerana sudah tidak mampu bertahan menjalani hukuman tahanan rumah.

Lelaki itu memaklumkan untuk dia dibawa ke penjara bagi menjalani hukuman kerana tidak mahu tinggal bersama isterinya.


Lelaki Albania itu berkata, keputusan untuk menjalani hukuman secara bersendirian di penjara.

Lelaki itu akhirnya dibenarkan menjalani baki hukuman di penjara di Guidonia, sebuah bandar di luar Rom.

Lelaki itu yang tiba di balai polis kemudian terus ditahan kerana melanggar perintah tahanan rumah.

Sebelum ini, dia dijatuhi hukuman tahanan rumah kerana kesalahan dadah.

"Dia menjalani hukuman tahanan di rumah bersama isteri dan keluarganya. Ini tidak sesuai," kata pegawai polis.

Lelaki itu masih ada baki beberapa tahun lagi untuk menjalani hukuman penjara.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMontana. 25-10-2021 05:26 PM
       kesan vaksin
Quote edayildiz 25-10-2021 07:46 PM
bini kuat bebel kot
Quote CikYaYaYa 25-10-2021 09:46 PM
Haha nie kes binik membebel non stop ke mcm mana..?
Quote makadek 25-10-2021 09:47 PM
Ceraikan je laaaaa
Quote Jitu 25-10-2021 11:28 PM
tak tahan kena bt kerja rumah lah ni
duduk penjara semua dah siap klu duduk rumah nak kena memasak, basuh pinggan, kemas rumah, lipat kain baju, basuh berak anak, anak menangis tengah malam, bini membebel pot pet..............  

duduk penjara jugak yg aman
Quote nakkomenjugak 25-10-2021 11:59 PM
Hehehe sanggupppppp!
Ateeeee minik mulut tongkeng ayam kahhh?
Quote Cik_jantung 26-10-2021 02:31 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 01:43 PM

..........
Quote nononcrux 26-10-2021 11:55 AM
Cik_jantung replied at 26-10-2021 02:31 AM
Dia ni nnti masuk penjara tahula keadaan inmate camana... Nyesal tak sudah nnti tu..  kena survive w ...

biar dia rasain.. tak bercukur gitu la kejadiannya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.031830 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top