CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Adele Bangga Bingkaikan Gula-gula Getah Diludah Celine Dion, Jijik Ke Tak?

25-10-2021 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2833| Komen: 10

Setiap orang barangkali ada obsesi melampau terhadap seorang bintang pujaan masing-masing walaupun diri sendiri berstatus selebriti.

Situasi sama berlaku kepada penyanyi Britain popular Adele yang mendedahkan sanggup menyimpan gula-gula getah pernah dikunyah dan diludah diva pop tersohor, Celine Dion.


Kredit foto: Metro

Bukan hanya menyimpan, pelantun lagu Easy On Me itu bahkan membingkaikan benda menjijikkan tersebut dan memaklumkan, bangga memilikinya sisa buangan itu.

“Ini agak hebat,” katanya sambil menunjukkan sebuah bingkai terlekat gula-gula getah kunyahan penyanyi yang cukup popular dengan lagu My Heart Will Go On tersebut kepada wartawan yang menemubualnya dalam segmen Vogue, 73* Questions With Adele.


Dedahnya, Celine Dion merupakan antara penyanyi kegemarannya dan rakan baiknya yang merupakan seorang pengacara, James Corden membantunya mendapatkan ‘barang rare’ itu.


Kerdit foto: IG Adele

“James Corden yang merupakan kawan saya dan dia bikin program Carpool Karaoke. Saya pun pernah terlibat dalam program itu.

“Dia pernah buat (program itu) dengan Celine dan tahu sangat betapa saya sangat meminatinya.

“Jadi, dia (James) meminta Celine ludah gula-gula getah yang telah dikunyahnya atas kertas dan membingkaikannya untuk saya.

“Ini adalah possesion (pemilikan) yang paling saya banggakan,” katanya.


Kredit foto: Vogue/YouTube

Dalam pada itu, seminggu selepas dilancarkan, single pertamanya selepas enam tahun menyepi, Easy On Me dijangka meroket di tangga pertama carta Billboard Hot 100 minggu ini.

Sehingga artikel ini ditulis, klip video rasmi lagu itu telah meraih 110 juta tontonan dalam laman perkongsian video, YouTube. Satu pencapaian luar biasa buat lagu bergenre balada. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blakerainer 25-10-2021 06:29 PM
Zizikk tapi kalau idola pojaaan iols, iols bakalan buat benda yg sama gak
Quote Thunderclouds 25-10-2021 06:42 PM
Kalo dh suka sgt kan? Tempat harry styles penah montah pn org bubuh sign. Wouldn't be surprised kalo montah die org jual kt eBay.
Quote Bihungoreng 25-10-2021 08:58 PM
Sheols ni letopAn betol dah kurus ni kannnn
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 12:14 AM
Iol masih mengharap kalau ada boxer terpakai abe chris evans ada dijual kat amazon untuk iol bingkaikan jadik perhiasan bak kata ella
Quote Kancilkering 26-10-2021 05:38 AM
adele we love you
walaupun celina dion tu french dia canadian french ok…

jgn lah adele ikut jejak langkah celina tu kuruih macam corpse  

both are great singers

Quote Normabaru 26-10-2021 07:15 AM
Lagu easy on me xde la sedap mana.. Tp sbb acik adele dh kuwussss org ramai bpusu nk tgk vc.. Aih.. Dlm vc xkuwus mana.. Tertipu
Quote NaylaArisha 26-10-2021 07:52 AM
tak de benda nak bingkaikan ke
mohtep gula² yg kena ludah pon nak simpan
Quote KamikuP 26-10-2021 01:07 PM
Euwww jijiknya la hai.. ko dahknp?
Quote Roan 26-10-2021 01:20 PM
Boleh dengar lagu Adele dan Celine Dion on loop seharian.. tak sabarnya 19 November full album keluar..
Quote my_irina 26-10-2021 02:44 PM
takut ah tengok kuku adele...hitam pastu melengkung...ala2 witch gitu...tapi easy on me tu sedap gak dengar hehe

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053332 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top