Sudah menjadi kebiasaan buat jemaah haji atau umrah membawa pulang air zam zam sekembali ke tanah air. Namun, sejak beberapa tahun lalu kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan lima liter air zam zam dibawa masuk ke negara lain secara percuma.
Bagaimana pula dengan sekarang? Dengar cerita menerusi hantaran dibuat sebuah akaun di TikTok, air zam zam sudah tidak dibenarkan dibawa pulang ke tanah air. "Jadi, beritahu jemaah minum (air zam zam) puas-puas di sini sebab ia adalah barang larangan," kata perakam video itu.
Jelasnya, ia mungkin peraturan baru ditetapkan kerajaan Arab Saudi. Justeru, dia menasihati orang ramai supaya tidak membeli air zam zam. Mungkinkah larangan itu dikenakan kerana rakyat kita sendiri menjual semula air zam zam di sini? - CARI
|
KIM.K replied at 25-10-2021 11:20 PM
Sejak kes zam2 tiruan
ADVERTISEMENT