Pontian – Disebabkan tidak mempunyai kad pengenalan, seorang remaja yang tinggal bersama ibu angkatnya di Kampung Ayer Baloi di sini tidak dapat menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah.
Menurut Rokiah Yudik, 64, dia menjadikan Muhammad Faiz Naqqiudin Abdullah, 13, sebagai anak angkat sejak remaja itu berusia tiga hari. Katanya, anak angkatnya itu lahir pada 16 Oktober 2008, dan diserahkan kepadanya oleh seorang wanita. “Ketika itu saya tinggal di Bandar Ulu Tiram, Johor Bahru, kerja ambil upah mengurut ibu baru lahir.
“Saya pun tidak sangka seorang wanita berusia 24 tahun datang berjumpa saya untuk mengurut sebelum tiba-tiba menyerahkan bayinya kepada saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ayer Baloi di sini baru-baru ini. Tambah Rokiah, sebelum ini ketika tinggal bersama anaknya di Kuala Lumpur, Muhammad Faiz telah bersekolah di sebuah sekolah rendah di Ampang dengan menggunakan sijil kelahirannya. Jelasnya, apabila memasuki sekolah menengah, pihak sekolah meminta kad pengenalan, namun dokumen tersebut tiada kerana anak angkat saya belum mendaftarnya di Jabatan Pendaftaran Negara. “Untuk mendapatkan kad pengenalan, saya perlu menunjukkan surat hak penjagaan Muhammad Faiz daripada ibu kandung sebagai bukti, tetapi saya tiada surat itu,” ujarnya. Rokiah yang merupakan seorang ibu tunggal berkata, semasa penyerahan Muhammad Faiz, hanya ada dokumen sijil kelahiran dan kad rawatan ibu mengandung dari sebuah Klinik Kesihatan di Johor Bahru. Menurutnya, rekod pada Sijil Kelahiran mencatatkan nama ibu Muhammad Faiz sebagai Siti Marliana Hassan yang beralamat di No. 24, Jalan Nilam 19, Taman Nilam, Ulu Tiram. Justeru, Rokiah berharap orang ramai yang mengetahui di mana Siti Marlina Hassan boleh menemuinya di Kampung Ayer Baloi, Pontian, Johor atau berhubung melalui 017-7880503. -CARI Sumber: Kosmo
|
tobobon: Sijil kelahiran dah ada. Kenap ...
tobobon replied at 26-10-2021 11:13 AM
Sijil kelahiran dah ada. Kenapa mak angkat tak bawa budak tu pegi jpn terus? Mmg kena mak betul ker ...
nononcrux replied at 26-10-2021 01:53 PM
betul juga, tapi JPN mintak ibu kandung dtg sekali kot untuk pengesahan.. ke cmner? atau boleh ke ...
noor2 replied at 26-10-2021 10:24 AM
Tolongla kerajaan mudahkan hidup budak ni...jgnla menyusahkan dia nk bersekolah....
tobobon replied at 26-10-2021 11:13 AM
Sijil kelahiran dah ada. Kenapa mak angkat tak bawa budak tu pegi jpn terus? Mmg kena mak betul ker ...
tobobon replied at 26-10-2021 02:52 PM
Tulah..maybe jpn minta surat pengesahan penjaga kot..makcik ni pun orang kampung..sheols mungkin t ...
ADVERTISEMENT