CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari Ini Tahniah, Esok Takziah- Sehari Kahwin, Isteri Meninggal Dunia

26-10-2021 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6853| Komen: 95

Perasaan pilu di hati, tak siapa mampu mengerti.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang lelaki yang kehilangan isterinya, hanya selepas sehari mendirikan rumah tangga.


Kisah sedih pasangan pengantin baharu ini tular di media sosial dan rata-rata warganet menitipkan doa kepada arwah dan memberikan kata-kata semangat kepada suaminya.


Foto: mStar

Menurut laporan Sinar Harian, Mohamad Amirul Akmal, 25, kehilangan isterinya Siti Saraf Ismail yang berusia 25 tahun pada Ahad, hanya dalam tempoh 24 jam selepas mereka bergelar suami isteri.


Mohamad Amirul berkata, selepas selesai majlis perkahwinan mereka pada Sabtu, isterinya mengadu mengalami sakit kepala dan kemudiannya menyambung semula tidur seperti biasa.

"Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala.

"Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh tersebut saya berada di sisinya," katanya yang ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Karang, Banggu, Kelantan pada Isnin.

Mesra disapa Amirul, dia yang bertugas sebagai pembantu perubatan berkata dia melihat isterinya berada dalam keadaan baik dan masih lagi tidur pada pagi Ahad.

Bagaimanapun selepas itu, dia dan keluarga cemas apabila melihat Siti Saraf mengalami sesak nafas.


Foto: mStar Online

"Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.

"Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)," katanya.

Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) doktor mengesahkan Siti Saraf yang bekerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak sebelah kanan.

Walaupun dugaan yang dilalui oleh Amirul sangat berat, tetapi dia tenang dan reda dengan takdir yang telah tertulis dariNya.


Foto: mStar

Arwah isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang pada Ahad.

Kata Amirul, arwah isterinya meninggalkan pesanan supaya sentiasa menjaga ahli keluarga selepas mendirikan rumah tangga dan kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Siti Saraf sebelum meninggal dunia adalah, "Abang... kita dah kahwin." -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark_eow7 26-10-2021 10:56 AM
takziah. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Quote Mooverine 26-10-2021 11:02 AM
Salam takziah untuk keluarga arwah
sedihnya baru sehari kahwin..
pening kepala ni memang menakutkan. colleague saya, sakit kepala hampir seminggu.
pastu dia pengsan kat office. bawa pegi hospital,rupa-rupanya pembuluh darah kah urat ka apa sudah nama tu, kembang.. nasib baik sempat bawa pegi hospital, terus operate.
Quote Orix 26-10-2021 11:07 AM
sedihnya.... salam takziah
Quote babelina 26-10-2021 11:08 AM
Allah..Moga rohnya dicucuri rahmat.. amin yra
Quote green~tea 26-10-2021 11:09 AM
Innalillahi wainna ilaihi roji'un... semoga family arwah tabah..
Quote becir 26-10-2021 11:11 AM
Mesti dia salahkan diri dia, if only la masa wife mengadu terus bawak g hospital. Kesiannya...
Quote stingerchubby 26-10-2021 11:12 AM
Semoga telah dapat laksana khen kewajipan sebagai seorang isteri pada malam pengantin pertama...

Takziah buat keluarga...

Quote slavehunter 26-10-2021 11:15 AM
Innalilahhh......

Status mesti dah vaxx kan?
Sekarang ramai orang muda kena pendarahan dalam otak.
Quote stingerchubby 26-10-2021 11:21 AM
slavehunter replied at 26-10-2021 11:15 AM
Innalilahhh......

Status mesti dah vaxx kan?

Soalan yg tidak akan dijawab....kerna fokus abam hitam tika dan saat ini....ialah to hunt down mereka2 yg masih degil macam hannah montana, normahbaru dari  divaksin walau sampai kelobang cacing....jika perlu


Quote MsKathryn 26-10-2021 11:28 AM
Salam takziah
Quote Hizert 26-10-2021 11:29 AM
slavehunter replied at 26-10-2021 11:15 AM
Innalilahhh......

Status mesti dah vaxx kan?

Mana boleh salahkan vaxx nan suci ummah malaya. Vaxx suci hokey, di Malaysia takde, diluar negara je ade org mati dari vaxx ni.

Quote tobobon 26-10-2021 11:30 AM
Ni kira dah jadi duda berhias lah ni. Kesian
Quote slavehunter 26-10-2021 11:55 AM
stingerchubby replied at 26-10-2021 11:21 AM
Soalan yg tidak akan dijawab....kerna fokus abam hitam tika dan saat ini....ialah to hunt down mer ...

Focus Pied Piper of Oxfox tu mesti lah nak tunjuk percentage kadar Vaksinasi terpantas di Dunia.
Quote stania83 26-10-2021 12:01 PM
brain aneurysm ke? salur darah pecah atau ada blood clot? kalau sakit kepala yg sakit gila tak pernah dirasai boleh pergi emergency buat ct scan.

tania hudson pon pendarahan dalam otak tapi sbb dia mmg ada penyakit.
Quote slavehunter 26-10-2021 12:03 PM
Hizert replied at 26-10-2021 11:29 AM
Mana boleh salahkan vaxx nan suci ummah malaya. Vaxx suci hokey, di Malaysia takde, diluar negara  ...

Kesucian nye penuh dengan Elements of Memukau dan Mengkagumkan.
Quote annehuda 26-10-2021 12:05 PM
slavehunter replied at 26-10-2021 11:15 AM
Innalilahhh......

Status mesti dah vaxx kan?

tahun 2014 pun pernah ada kes pengantin meninggal 3 jam sebelum bersanding.

https://says.com/my/seismik/peng ... -sebelum-bersanding


Quote annehuda 26-10-2021 12:10 PM
aku rasa dari dulu lg memang pernah je berlaku kematian macam ni, dr sebelum kemunculan covid lg. dah kenapa antivaxx ni semua tragedi ko nak kaitkan dengan vaksin?  berita tu langsung tak sebut pun arwah dah amek vaksin ke belum ke, bila arwah amek vaksin.  laki dia pun tak cakap apa-apa tapi antivaks dah bising.

jangan semberono buat cerita nanti jadi fitnah. dok dajalkan orang lain tak sedar korang pun ikut sifat dajal jugak
Quote Miss.Rara 26-10-2021 12:19 PM
annehuda replied at 26-10-2021 12:10 PM
aku rasa dari dulu lg memang pernah je berlaku kematian macam ni, dr sebelum kemunculan covid lg. da ...

betullll... bila tragedi jer sikit2 nak kaitkan dengan vaksin...

apoooo...
Quote stingerchubby 26-10-2021 12:24 PM
slavehunter replied at 26-10-2021 11:55 AM
Focus Pied Piper of Oxfox tu mesti lah nak tunjuk percentage kadar Vaksinasi terpantas di Dunia.

report card 100 days utk dipersembahkhen pada pak mael important weyyyy..

Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.043296 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top