CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Duit RM14, Suami Mengata Isteri Boros

26-10-2021 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1764| Komen: 4

Jakarta– Seorang suami memarahi dan meleteri isterinya yang disifatkan sebagai boros hanya disebabkan wanita itu meminta wang belanja sebanyak 50,000 rupiah (RM14.70) daripadanya, lapor laman berita Suara.com.


Menerusi satu tangkap layar daripada perbualan menggunakan aplikasi WhatsApp, wanita tersebut meminta wang daripada suaminya untuk membeli makanan.

“Mahu beli bakso dengan kredit (telefon),” jawab wanita berkenaan ketika disoal suaminya tentang tujuan wang itu diminta.

Foto: Pexels

Lelaki itu kemudiannya bertanya sama ada wang yang diberinya berjumlah 150,000 rupiah (RM44) telah habis. Isterinya kemudiannya menjawab bahawa dia enggan menggunakan wang tersebut untuk membeli makanan ringan.


“Kalau begitu tidak boleh. Biar kamu rasa betapa susahnya memerah keringat mencari wang. Wang perlu dipakai untuk kepentingan utama dan bukannya perbelanjaan yang tidak perlu,” kata lelaki tersebut.

Isterinya kemudiannya memberitahu bahawa dia telah memberikan wang berjumlah 300,000 rupiah (RM88) kepada kakaknya.

Wanita itu sekali lagi dimarahi suaminya yang menyifatkannya sebagai boros. Dia kemudiannya memaklumkan akan memberikan wang yang diminta dengan syarat ia tidak digunakan untuk membeli makanan ringan.

Hantaran itu menerima pelbagai komen dengan ada dalam kalangan netizen yang menyebelahi lelaki itu dan ada yang menyebelahi isterinya.

“Jangan disamakan dapur kita dengan dapur orang lain. Mungkin memang suaminya tidak berkemampuan. Percayalah bahawa orang lelaki tidak akan berkira jika dia mempunyai banyak wang,” kata seorang netizen.

“Baru minta 50,000 rupiah sudah berleter panjang seperti minta wang berjuta-juta rupiah,” kata seorang lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lemak_masin 26-10-2021 12:47 PM
Ini isu semasa ke?
Quote stingerchubby 26-10-2021 12:49 PM
lemak_masin replied at 26-10-2021 12:47 PM
Ini isu semasa ke?

Isu sepanjang zaman...

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 05:38 PM
Ko mintak 14 yeee laa dia kata ko boros
Cuba mintak 400
Mesti heol meninggal
Boleh laa ko kawen baru
Hambek yang lagi kaya

Husband die
Me no cry
Me go marry another guy gituuuu
Quote KamikuP 27-10-2021 04:24 PM
Nak komen pun malas

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.044282 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top