CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Keluar Kerja, Budak 11 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 7 Apartment Di Putrajaya

26-10-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7499| Komen: 67

Putrajaya: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh di apartment di Presint 5 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada 6.55 petang.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa, Keisya Nawrah Md Rizal, berada di dalam bilik seorang diri kerana mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dan bilik berkunci dari dalam.

Katanya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, mangsa bersama kakak berusia 14 tahun dan adik lelaki berusia tujuh tahun manakala ibu bapa mangsa keluar bekerja.


Foto: Harian Metro


"Ibu bapa mangsa yang pulang kira-kira 6 petang mendapati bilik mangsa berkunci dari dalam, dan pintu hanya dapat dibuka menggunakan kunci pendua.

"Sebaik dibuka didapati mangsa tiada di dalam bilik, manakala tingkap dan jeriji terbuka. Ibu bapa mangsa bergegas ke tingkat bawah bangunan itu dan mendapati orang ramai sedang berkumpul melihat anaknya yang terbaring di atas lantai," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang kritikal diberikan rawatan kecemasan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada jam 6.45 petang dan dibawa ke Hospital Putrajaya dengan ambulans.

"Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya, pada 7 petang.

"Pemeriksaan doktor mendapati mangsa patah kedua belah siku dan kaki kiri manakala punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya.

Katanya, jeriji tingkap tidak berkunci dan hanya terdapat selak tanpa pengunci, manakala rumah itu juga tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau berkata, kes di klasifikasi sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 26-10-2021 01:03 PM
baru jatuh bila blk keje...kakak adiknya mne? ish...ape cite ni
Quote hareeeesah 26-10-2021 01:06 PM
musangbodoh replied at 26-10-2021 01:03 PM
baru jatuh bila blk keje...kakak adiknya mne? ish...ape cite ni

Tula cerita macam ada tak lengkap.. bila mak pak ketuk pintu baru dia terjun ke? Semoga keluarganya tabah
Quote Thunderclouds 26-10-2021 01:24 PM
Innalillahiwainna ilaihiroji'un. Xleh bayang. Kronologi berita pn ntah pape. Ohh..metro. Patot la.
Quote adawiyah_hakim 26-10-2021 01:24 PM
innalillah... salam takziah utk keluarga
Quote Artemesiaa 26-10-2021 01:26 PM
Takziah buat keluarga nangsa
Quote LoveSungmin 26-10-2021 01:30 PM
macam baru je jatuh time mak pak balik..
Quote Suchi 26-10-2021 01:40 PM
Berita tak lengkap berapa lama budak ni jatuh? Knp mak pak cuma perasan bila bukak bilik?
11 tahun utk kanak2 tipikal ikutkan dah tak buas dan reti duk dendiam je.
Ramai je la ni mak pak tinggalkan je anak2 umur gini kat umah.
Anak buah iols umur 12 tahun pun dah boleh diharap jaga rumah.
Kakak iols masuk sepital anak dia tula masak jaga adik bagai.
Kagum gak iols dia dh boleh masak lauk, goreng bihun jadi elok je. Org dewasa pun ramai fail goreng bihun.
Tadi igt budak umur 6 tahun ke bawah rupanya dh besar juga. Maybe terjatuh kot nak ambik barang dia yg jatuh dr tingkap ke apa.
Quote JunkMail 26-10-2021 01:43 PM
Kau jatuh ke terjun ni dik.. kalau terjun, kenapa? Kalau terjatuh, camne boleh jatuh. Budak 11 tahun dah tau rasa takut gayat semua.
Quote talapia 26-10-2021 01:47 PM
Allahuakbar.. seriau la baca cerita2 mcm ni. Budak 11 tahun dah besar.. boleh harap dah jaga adik kt umah.. Takat duduk rumah pdpr.. okay aje.. takyah suruh memasak keluar ke apa dahla.

Ni pintu kunci.. well.. budak2 skrg mmg banyak duduk dlm bilik ngadap laptop.. kadang kunci pintu sbb taknak adik kacau.

Tapi taktau apa sebab dia jatuh. Budak dah besar bukan taktau bahaya. Kot nk amik barang ke apa..
Quote Babai 26-10-2021 01:50 PM
JunkMail replied at 26-10-2021 01:43 PM
Kau jatuh ke terjun ni dik.. kalau terjun, kenapa? Kalau terjatuh, camne boleh jatuh. Budak 11 tahun ...

Dan kenapa pegi bukak jeriji tu?
Quote naina 26-10-2021 01:56 PM
Budak 11 tahun dah besar lah dah boleh fikir mana bahaya dengan tak
Katanya duduk kat rumah dengan kakak 14 tahun
Kat FB ada speku ntah2 dia gaduh dengan kakak dia
Suh polis siasat kakak dia sekali
Tapi pengkomen tu kena kecam terukkkk
Kata sangka buruk la takda otak la
Kesiannn
Quote monreyes 26-10-2021 01:56 PM
kenapa pulak gril jenis boleh bukak..
tingkat 7 kan..
kalau ni mmg decision kau..
merana mak bapak kau seumur hidup..
Quote KamikuP 26-10-2021 02:31 PM
Takziah buat keluraga. Tapi mcm something fishy cara kematian budak tu.
Quote shuk_one 26-10-2021 02:52 PM
takziah untuk family
Quote nurkasih74 26-10-2021 03:01 PM
Ni mesti satu sekolah dan sana darjah dgn anak aku.. takde lg nampak kat gp parents bercerita..
Quote missus_meow 26-10-2021 03:04 PM
macam cerita tak abes ... ape2 pon takziah buat keluarga ...
Quote exclusive_vvip 26-10-2021 03:07 PM
Dlm pukul 6ptg la baru jatuh kan? Pdpr pagi
Quote mzitdy 26-10-2021 03:09 PM
monreyes replied at 26-10-2021 01:56 PM
kenapa pulak gril jenis boleh bukak..
tingkat 7 kan..
kalau ni mmg decision kau..

Ikut keselamatan bomba mmg kena ada grill yg boleh buka tapi kesilapan kat sini grill tu tidak ada mangga (pengunci)  rasanya tu yg budak boleh buka emergency access kat grill tu.
Quote lattehazelnut 26-10-2021 03:16 PM
Mmg selalu curi keluar kot sblm ni lepastu tergelincir

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.036181 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top