CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Pernah Perlekeh Suri Rumah Sebab 'Depresi Suri Rumah Is Real!'

26-10-2021 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5023| Komen: 37

“Setakat jaga anak dan masak-masak je, apalah yang penat sangat”. 

Bagi wanita bergelar suri rumah sepenuh masa, pastinya acap kali dilemparkan perlian sebegitu.



Kredit foto: IG Bunga Ayu Dewi

Hanya kerana berada di rumah tanpa keluar bekerja, peranan mereka dipandang remeh termasuklah oleh suami sendiri. 

Gemar memendam masalah didorong pula dengan kepenatan menguruskan rutin harian, tidak mustahil ramai yang mengalami depresi.

Seorang wanita tampil berani mendedahkan hakikat yang sering dilalui kebanyakan suri rumah. 


Memandang wajah suci anak kecil pastinya membuatkan si ibu mahu memberikan yang terbaik apalagi mereka menghabiskan paling banyak masa bersama di rumah. 

Namun, kekuatan itu kadangkala ranap jua kerana fizikal dan emosi mereka sering kali kepenatan dalam proses membesarkan bayi yang cukup sukar.

Bahkan pada tahun 2012, sebuah kajian mengesahkan bahawa majoriti isteri yang duduk di rumah berpotensi mengalami depresi berbanding wanita bekerjaya. 

Justeru, Puan Ayu menasihati agar orang sekeliling memeberikan sokongan emosi selain menghargai pengorbanan suri rumah. 



Hatta sekiranya ada yang nekad mengupah bibik sekalipun, usahlah menghukum atau memberi gelaran kurang elok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan semangat selain mendedahkan struggle yang sama. 

Ada juga yang beranggapan ibu bekerjaya juga mempunyai bebanan lebih besar kerana menghadapi tekanan di tempat kerja dan sambung pula kepenatan membuat rutin harian di rumah.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 26-10-2021 02:02 PM
ade plak time nak rakam ko nangis2 ni ye..kalau aku mmg takde la tah2 muka aku cam mak gajah kalau time menangis..
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 02:15 PM
Haiyoooo
Cerita dia damned if you, damned if you don't
Ada laki nak minik jadik housewife, tapi bila dah gitu, direndah2kan pulak kerja sheol
Ada yang minik kerja, dah kerja tu, ingat minik tak payah nafkah yada3
Ehhh entah laa. Iol tak kawen lagi so hanya baca pengalaman orang jahh
Quote KamikuP 26-10-2021 02:26 PM
Kalau depresi bawak le gi jumpa dockto psikiatri amik ubat. mkn obat jgn skip pulekk
Quote lattehazelnut 26-10-2021 03:10 PM
Depress la kot xdapat enjoy, ootd, buat tiktok..
Quote juruterra 26-10-2021 03:34 PM
mula dh semula surirumah vs working mother punya argument
kalau depress jd surirumah gi la keluar keje, anak hantar nursery...kang ko depress sbb risau anak kena dera pulak
kalau depress keje, berenti dok rumah jaga anak. kang ko depress sbb tak cukup duit pulak
ni la namanya dunia, takkan dpt semua ko nak. cuba2 bawak bersyukur dlm keadaan mana pun kita skrg. be happy, jgn depress ok para wanita semua
Quote makton 26-10-2021 03:59 PM
mmg kena ada me time... dapat halfday pegi jln sorang2 kat mall pun ok.
tp masa jln2 tu tibe2 teringat anak kat rumah. dah makan ke? dah minum susu ke? pampers dah bertukar ke??

sudahnya me time pun kelaut!
Quote duku 26-10-2021 05:40 PM
Stress kerja dgn stress duduk rumah tak sama.. pendapat aku baik la g kerja.. cari pengasuh yg ok untuk jaga anak2...
Quote hashashes 26-10-2021 06:12 PM
Ala ko surirumah ke keje ke pandai2 la cari kebahagiaan sendiri yach. Bukan hari2 akan happy, ada hari yang tak ok. Pape pun, hadapi dengan senyuman everything will be ok in the end, if it’s not ok it’s not the end yet
Quote hashashes 26-10-2021 06:13 PM
Btw pompuan ni baru anak sorang ke? Harus mak2 anak berderet cebik mulut jah kat heshe
Quote annehuda 26-10-2021 07:34 PM
Tapi pada masa yang sama mak-mak macam ni lah yang suka kutuk perempuan yang tak kawen lagi. Jealous la kot perempuan baya-baya dia happy je takde laki,yang dia sampai depresi
Quote Diamje 26-10-2021 07:36 PM
Tak sama setiap wanita ni. Ada wanita suka sgt kerja2 rumah ni. Jaga anak, uruskan rumah. So wanita mcm elokla jadi surirumah. Ada wanita tak cekap uruskan rumah, cenderung kepada kerja luar maka korang g la keje dn hantar anak kt nursery. Buat pilihan yg terbaik berdasarkan kemampuan kita. Kita yang corakkan kehidupan kita. Jangan la buat drama menangis pastu rakam pulak mcm ni. Wanita zaman skrg perlu bijak uruskan stress lagi2 ibu muda mcm ni.
Quote merrissa 26-10-2021 08:00 PM
Depresiiii la samgattttt. Attention seeker je. Kejadah sgt kau nangis2 depan kamera siap lain2 shot.

Tp betul semua org ad depresi masing2, ko duk rumah ko stress ko duk luar pon ko stresssss. Tp if sakit, p la jumpa dr. Makan ubat

Quote KIM.K 26-10-2021 08:12 PM
Edited by KIM.K at 26-10-2021 08:15 PM

Ni penyakit samerosie meroyan sambil menaip.
Bila dah lama tak dapat, dia gi serang pompuan lawa popular beribu batu tak kenal pun laki caprut dia
Quote Potpouri 26-10-2021 11:25 PM
So yang bekerja dari rumah (wfh), buat kerja rumah at the same time urus rumah tangga depresi tahap macam mana pulak Overlahh
Quote Carcosa 27-10-2021 01:05 AM
Sempat pulak set2 camera yek dik?
Akak dulu depress mcm ni masa jaga anak akak sorang2 sbb laki asyikkena outstation, phone ke mana, camera ke mana.
Melalak stress smp patah toy anak akak, akak kerjakan
By the way, carilah bantuan. Husband ke, sedara ke, just utk "take a breath" kat luar rumah
Quote n0n0n0 27-10-2021 01:18 AM
Harap semua ibu bertabah. Arwah nenek dulu depressed lps beranak mami iols (mami anak kedua). Waktu tu atok keluar keje ke ape ntah. Nenek pegi bgtau JPN (dulu JPN dtg kat rumah ke kat hospital gitu lah) nama mami iols ni Salimah (contoh) sedangkan dh setuju dgn atok nak kasi nama Amirah (contoh). Nasib nama yg salah tu ade maksud dlm bhs arab... Tapi smpi ke tua ni mami iols dipanggil Amirah (contoh).
Quote faraway1 27-10-2021 02:05 AM
Not me..

Happy gila aje, tetiap hari jejalan dengan anak..

Ada aje activities, plus husband banyak membantu so tak sempat lonely ke apa..

Lepas my husband keja ovc pun ok, anak kena pula easy baby, so tak meragam, tidur malam, tak pernah berjaga sehingga pagi...

Alhamdulillah untuk itu..

Quote mdhelmi 27-10-2021 10:49 AM
hmmm tu la
aku pon skali skala balik keje belila pape gorengan minum petang ke
kadang2 ajak wife ngeteh/makan luar
sebab PKP dulu aku duduk rumah dah boleh rasa stressnya kat rumah 24 jam
Quote Gomea 27-10-2021 11:20 AM
Nasib baiklah aku ni jenis paling suka duduk rumah. Aku stress dok luar lame2. Kalau keluar tak sabar2 nak balik. Setakat dok pusing2 naik kereta jelah, x yah singgah memana

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040639 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top