Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil meluahkan rasa kecewa di Instagram mengenai festival hiburan besar-besaran yang diadakan di Arab Saudi.
Beliau kecewa apabila bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW dicemari dengan pesta hiburan yang memalukan seluruh dunia Islam. Beliau turut menyatakan bahawa festival hiburan yang diadakan secara besar-besaran itu seolah-olah sebuah tanda bencana akhir zaman. Beliau juga berpendapat alasan Kerajaan Arab Saudi mengadakan festival tersebut sebagai usaha untuk merancakkan kembali ekonomi dan industri pelancongan adalah suatu yang amat mendukacitakan. Pada 21 Oktober lalu, Kerajaan Arab Saudi mengadakan festival ‘Riyadh Season 2021’ yang menyaksikan kehadiran lebih 750,000 pengunjung disertai dengan konsert oleh rapper antarabangsa, Pitbull dan ahli gusti terkenal dunia, The Undertaker. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT