"Orang lain mungkin boleh lupa tetapi bukan mangsa!" Itu antara ciapan ringkas ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg di laman sosial Twitter miliknya bagi menjawab tindakannya yang baru sekarang mendedahkan isu gangguan seksual dilaluinya sejak sekian lama.
Atlet berusia 28 tahun itu berkata, dia berkongsi pengalaman berkenaan bagi memberi kesedaran kepada orang awam selain sebagai satu tanda sokongan kepada mangsa yang pernah melalui detik sedemikian. "Saya berkongsi pengalaman 'kurang baik' ini untuk memberi kesedaran kepada orang awam dan memberikan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang sentiasa berada dalam dilema, sama ada untuk bercakap atau berdiam diri.
"Paling penting, yang membenarkan dan penyokong pihak yang melakukannya tidak seharusnya disensasikan. Orang lain mungkin boleh lupa tetapi bukan mangsa," tulis Pandelela. Sebelum ini, Pandelela mendedahkan pengalamannya berdepan dengan jurulatih yang sering membuat lawak lucah terhadap rakan atlet. Begitupun pada ketika itu, dia terpaksa berdiam diri memandangkan jurulatih berkenaan mempunyai sokongan besar daripada ketua jurulatih. Pandelela turut memberitahu yang dirinya pernah menegur tingkah laku jurulatih berkenaan namun kemudiannya dibuli semula sebelum jurulatih itu disabitkan kes rogol. Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga seakan 'tertanya-tanya' dengan tindakan Pandelela yang baharu sekarang mendedahkan perkara tidak bermoral itu selepas kira-kira tujuh tahun isu itu berlaku. Pandelela dalam ciapan susulan selepas itu, berkata: "Masih menyokong penuh #rapejokeisnotfunny, harap dapat mendorong yang akan datang menjadi berani ketika saya tidak begitu." Sumber: BH Online
|
kaseh80 replied at 26-10-2021 03:03 PM
You go girl do the right thing
If only our Ministers and Deputy Ministers listened to the women of Malaysia rather than gaslight them. Now is the time to listen, not ask questions whose answers are obvious @PejaOfPerak @Pandelela_R pic.twitter.com/uosOHxMgp5
— ???? Nik Nazmi (@niknazmi) October 25, 2021
Tokeybundle replied at 26-10-2021 04:00 PM
Mgkn dulu dia x de kekuatan nak bercerita
Elok la dia dedahkan
Teringat cerita atlet mana tah yang y ...
c===8 replied at 26-10-2021 05:09 PM
reply dari menteri....
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (pix) today said his remarks ab ...
Abahmung replied at 26-10-2021 04:07 PM
Faizal tak serius, mahu galakkan budaya rogol? - Pembangkang
Diterbitkan: Oct 26, 2021 11:41 AM
ADVERTISEMENT