Kehilangan bapa tercinta Allahyarham Mamat Khalid semestinya menjadi tamparan hebat buat anak keempatnya, Mohd Khalid Amen.
Tidak mahu legasi ditinggalkan bapanya dalam bidang pengarahan berkubur, Amen, 25, nekad menyambung projek melibatkan arwah yang belum selesai. Kata Amen, dia sangat bersyukur apabila arwah sedikit sebanyak mengajar dan memberi pendedahan kepadanya dalam bidang tersebut. "InsyaAllah... saya akan teruskan apa yang dia usahakan sebab itu yang dia nak, itu yang dia nak sangat saya teruskan.
"Beberapa minggu sebelum pergi, dia minta saya untuk tolong jaga mama dan family. Dia juga banyak beri peluang kepada saya untuk mengarah," katanya kepada mStar. Pada Isnin, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, bersedia untuk meneruskan projek naskhah akhir Allahyarham Mamat Khalid yang tidak sempat disempurnakan. Berhubung perkara itu, Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid memberitahu pihaknya akan berbincang dengan ahli keluarga Allahyarham untuk menjalankan penggambaran filem epik bertajuk Pasir Salak Pasir Berdarah yang mana skrip filem itu sudah siap sepenuhnya pada 2017. Biarpun berasa gementar dan tidak yakin, namun Amen berjanji untuk melakukan yang terbaik jika diberi peluang meneruskan projek berkenaan. "Karya Pasir Salak Pasir Berdarah saya tak tahu boleh arah atau tidak sebab ini adalah projek besar, InsyaAllah kalau Tuhan izinkan saya akan sambungkan. "Saya kena study dulu karya-karya papa dengan ilmu yang papa bagi. Sementara itu, Amen mengakui pemergian bapanya menyuntik semangat untuk dia meneruskan kerjaya dalam bidang pengarahan. Walaupun kehilangan guru yang hebat namun dia bersyukur masih ada orang yang boleh dirujuk dalam ilmu pengarahan. "Alhamdulillah saya masih ada rakan-rakan papa yang boleh dirujuk dalam ilmu pengarahan seperti Aziz M.Osman dan Hassan Abdul Muthalib. "Ramai kawan-kawan papa yang membantu dan selalu support dia. Saya yakin dalam mengarah kalau ada orang belakang bantu. "Ya sudah tentu akan ada beza hasil tangan saya dengan papa. Tapi InsyaAllah saya akan terus belajar dan usaha," ujarnya. Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam, 24 Oktober lalu. Arwah meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah. -CARI Sumber: mStar Online
|
makneng replied at 26-10-2021 04:49 PM
Budak ni ke dulu yg angkat senapang tembak zombie?
makneng replied at 26-10-2021 04:49 PM
Budak ni ke dulu yg angkat senapang tembak zombie?
makneng replied at 26-10-2021 04:49 PM
Budak ni ke dulu yg angkat senapang tembak zombie?
awanysss replied at 26-10-2021 05:06 PM
rasanya memang dia..
selalu watak tiba2 ada, tp takde skrip haha
ezacbee replied at 26-10-2021 05:04 PM
Dah beso lain muka.
Suchi replied at 26-10-2021 05:24 PM
Abang dia Adam tu yg suka menembak g tgk muka dia skrg sama je mcm masa kecik tu huhu Amen ni hat ...
ezacbee replied at 26-10-2021 05:46 PM
Dalam man laksa, 2 org adik chah. Yg beso n kecik, ni kecik ke
Suchi replied at 26-10-2021 05:51 PM
Ya yg kecik. Dia beza setahun je rasanya ngn
Adam tu.Mcm kembo kan dua org tu dulu bulat2 je tuan ...
Suchi replied at 26-10-2021 05:24 PM
Abang dia Adam tu yg suka menembak g tgk muka dia skrg sama je mcm masa kecik tu huhu Amen ni hat ...
hashashes replied at 26-10-2021 05:56 PM
Lepas yasmin ahmad, now pergi dah lagi sorang pengarah yang aku minat
ezacbee replied at 26-10-2021 05:57 PM
Betul la yg kecik, dah beso lain muka. Masa kecik muka sama.
ADVERTISEMENT