Reen Rahim terus berteka-teki apabila meminta peminatnya bersabar sehingga minggu depan berhubung spekulasi bahawa dia telah dilamar seseorang yang berjaya menambat hatinya.
Reen berkata, dia menerima banyak pertanyaan daripada peminat sejak beberapa hari lalu selepas memuat naik gambar sebentuk cincin dalam Instagram miliknya. Katanya, ada peminat yang masih menghantar pesanan kepadanya untuk bertanya sama ada benar atau tidak dia telah dilamar seseorang. “Saya akan jawab semua persoalan November nanti (minggu depan). Buat masa sekarang saya harap semua peminat dapat bersabar.
“Buat masa sekarang, biarlah saya mengunci mulut dahulu daripada memberi sebarang komen lanjut,” katanya.
|
nellyberry replied at 27-10-2021 08:50 AM
iols selalu confuse dia ni, ezzaty abdullah tu dgn risteena.
mcm lebih kurang iras je depa nih.
kala ...
chandrahusin replied at 27-10-2021 06:08 PM
aku plk dulu2 confuse dia dgn Puteri Aishah
lama2 tengok dia ni belakon bertiang lagi best
zuri154 replied at 27-10-2021 09:17 PM
Sape budak2 yg she slalu tunjuk kt insta? Siap panggil mommy
ADVERTISEMENT