Oleh Adib Za Sebagai seorang pelakon yang meningkat naik, Aiman Hakim, 26 mengidamkan watak yang berkualiti dan memberi kesan seperti Aaron Aziz dan Adi Putra.
Ini bagi mendapatkan hasil lakonan yang sentiasa berbeza dan segar setiap kali muncul di kaca TV. Tambahan pula, sebagai seorang yang baharu dalam industri, pastinya dia ingin mencuba sesuatu yang mencabar bakat dan menjadi lebih versatil. Namun, situasi semasa memperlihatkan masalah dari segi variasi skrip yang terhad, kemungkinan impian ini sukar direalisasikan. Justeru, Aiman tidak menafikan berasa 'penat' dan kurangnya motivasi apabila membawakan watak yang lebih kurang sama. “Penat dari segi mental. Apabila dapat skrip yang hampir sama, motivasi sebagai seorang pelakon jadi lemah sebab kita tahu yang kita akan buat benda yang sama sampaikan dialog juga sudah boleh diramal.
“Balik-balik cerita sama,” ujarnya menerusi Utusan Malaysia. Bagi mengelakkan hal ini berulang, hero drama Isteri Separuh Masa ini akan menjadi lebih selektif dalam memilih watak. Ini bagi mendapatkan hasil lakonan yang lebih segar dan menampilkan kelainan berbanding watak-watak yang dimainkan sebelum ini. -CARI Infonet
|
26
Bagus |
26
Marah |
25
Terkejut |
31
Sedih |
13
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ecahaha replied at 22-6-2015 12:05 PM
da x suka skrip jgn jd pelakon la.. try jd penulis skrip la.. tgk vavavommm x kau nya skrip.. tp kal ...
lolali replied at 22-6-2015 12:07 PM
kan dah mentioned tu dia dah pnah hasilkan tp kena reject. hahaha dia pasrah.
Nham22 replied at 22-6-2015 12:35 PM
Cubelar watak ustaz2 ke...anak derhaka ke.. anak yatim piatu ke...anak lorong ke... suami cacat ke.. ...
lasagnaklcc replied at 22-6-2015 12:02 PM
Bagi la dia watak org kg susah ke apa... Ni blk2 anak org kaya.
ADVERTISEMENT