Wawancara Shah Rukh Khan berhubung dakwaan aktor Bollywood itu pernah berlaku curang dengan heroin dalam filemnya iaitu Kajol yang dilakukan beberapa tahun lalu kembali viral.
Seperti dipetik TimesofIndia, Shah Rukh Khan, 56, agak marah dan tersinggung apabila tersebar gosip menuduh dia pernah tidur dengan pasangan dalam filemnya itu. Kata Shah Rukh Khan, Kajol merupakan sahabat dan sudah dianggap seperti anak saudaranya sendiri. Tegasnya lagi, dia juga tidak pernah tidur dengan heroin dalam mana-mana filemnya.
"Kajol dan aku? Dia anak Bibi Tanuja, adik perempuanku. Bahkan Gauri menyukainya. Aku kerja dengan Juhi Chawla, Madhuri Dixit, Manisha, Sonali, Shilpa, Suchitra, Krishnamurthy, Urmila dan tidak pernah tidur dengan mereka. Aku tidak pernah tidur dengan Kajol," ujarnya. Tambahnya lagi, dia tidak pernah tertarik kepada wanita hanya kerana mempunyai wajah yang cantik. Katanya, dia tertarik kepada wanita yang mempunyai karakter, kecerdasan dan semua yang dimiliki oleh isterinya. "Aku bukan gay. Tapi saya tidak terangsang pada perempuan yang cantik. Aku lebih tertarik kepada karakter, kecerdasan dan Gauri memiliki itu semua. Jadi kenapa harus mengejar perempuan lain?" ujarnya. Katanya lagi, jika dia benar-benar ingin berlaku curang, tiada siapa yang akan mengetahuinya kerana dia seorang pelakon yang bagus dan bijak untuk menyembunyikan perkara itu. "Kalau aku curang siapa pun tidak akan tahu. Aku terlalu pintar dan aktor yang bagus untuk membiarkan dunia tahu apa yang sedang terjadi. Cukuplah dengan khabar angin ini! Aku akan berhenti jadi pelakon kalau gosip dengan Kajol masih berterusan," ujarnya. Sumber: mStar
|
tipah89 replied at 16-11-2021 02:04 PM
dgn prinyanka chopra dulu sempat kan.. priyanka ade simpan jacket yg tertinggal, kena banned dgn bin ...
ezacbee replied at 16-11-2021 06:09 AM
Mana nak ngaku
Mati hidup semula takan ngaku.
tipah89: dgn prinyanka chopra dulu semp ...
febreze replied at 16-11-2021 03:19 PM
ngn arjun rampal kannn? hehehe
laradelara replied at 18-11-2021 10:46 PM
Chooiiiiiii... Jgn babitkan arjun yg hensem tu..SRK skandal ngn priyanka dah cukup
febreze replied at 19-11-2021 05:43 PM
ada khabar angin dari bombayy heols ber huhu haha dgn arjon rmpl tu huhu haha smbil bercomolot
ADVERTISEMENT