Roti canai merupakan makanan popular di Malaysia, namun tidak ramai mahir menebar roti canai dengan hasil terbaik.
Aksi seorang chef yang sedang menebar roti canai menjadi tular apabila roti canai yang diterbangkan ke udara akhirnya mendarat di atas kepala pelanggan di hadapannya. Video tular di laman TikTok milik @beveline_yen itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian yang berlaku. “Berdekah aku gelak ya Allah,” kata @Myza
“Alamak, roti canai salah ‘landing’ la, terbang tinggi dah betul, tapi salah tempat mendarat,” kata @Nazran_my “Abang tu ‘auto’ berhijab la pula, memang tak sangka akhir video macam tu,” ujar @uglyWawa Dalam pada itu, video tersebut turut diserikan dengan belatarbelakangkan lagu ‘helikopter’ yang dikatakan sesuai dengan kejadian yang berlaku. Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 2.4 juta tontonan dengan 296,600 tanda suka. Sumber: K! ONLINE
|
Belibis: Masihkah ada manusia percaya t ...
kelip2_07 replied at 18-11-2021 03:56 PM
yg ko pusing byk kali nape??dh terbang skli dua ckup lah
musangbodoh replied at 19-11-2021 04:30 AM
xtau nk komen gelak ke sedih dgn ayat ko bro win...aku bg 3 ha
ADVERTISEMENT