CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menangis Akui Diri Anak Derhaka Sebelum Didenda RM40,000

18-11-2021 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4553| Komen: 23

Seorang bekas eksekutif sebuah pasar raya menangis sambil menyatakan dirinya seorang anak derhaka dalam rayuannya sebelum didenda RM40,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM4,488 bagi membantu kontrak kerja-kerja pembersihan di pasaraya tersebut.


Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Noorazlina Shapie, 43, mengaku bersalah atas 10 pertuduhan pilihan rasuah yang dilakukannya antara 24 Disember 2019 sehingga 6 Januari lalu.


NOORAZLINA SHAPIE (belakang, kiri) diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor bagi menghadapi 22 pertuduhan.

Mahkamah menetapkan hukuman itu selepas mengambil kira kesemua 22 pertuduhan utama dihadapi ibu kepada lima orang cahaya mata itu melibatkan suapan sebanyak RM38,360.


Jika gagal membayar denda itu, Noorazlina boleh dipenjara 44 bulan.

Berdasarkan 10 pertuduhan pilihan itu, tertuduh didakwa diberikan suapan berjumlah RM4,488 daripada dua pemilik bagi dua syarikat menerusi akaun miliknya dan anak lelakinya sebagai dorongan membantu mendapatkan kontrak kerja-kerja pembersihan di pasar raya tempatnya bekerja.

Kesalahan itu dilakukan di dua buah cawangan bank di Petaling Jaya dan Shah Alam antara 30 Mei 2019 sehingga 6 Januari 2021.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 18-11-2021 05:06 PM
Suapan kepci ateh bukit spya liam2 luluk kes wosim setakk terpaling tu camne
Quote missyL 18-11-2021 08:03 PM
Klo bukan kayangan x pyh amek rasuah.
Xpadan amek 38k je..

Tgok kayangan 2 semua amek juta2 lek je..
Quote edayildiz 18-11-2021 08:08 PM
apa pulak kaitan ank derhaka ngn amik raduah..
ohh maknya dh pesan jgn amik rasuah tp dia amik jgk kot..
kecian..sikit jer pun..xberbaloi..nama pun dh terpampanh
Quote shernazz 18-11-2021 08:47 PM
Terus iols.teringat lagu aisyah.tu..
Pasal mak.ayah tu...hohoo
Quote dudaberhias 18-11-2021 08:56 PM
rasuah kecil je ni...
tu yang dia tak heran ambik dengan harapan takkan kantoi...
entah berapa banyak kek mamasabariah sheolsss kena kambuihhh lepasni untuk bayar denda tu
Quote stingerpicnic 18-11-2021 09:07 PM
edayildiz replied at 18-11-2021 08:08 PM
apa pulak kaitan ank derhaka ngn amik raduah..
ohh maknya dh pesan jgn amik rasuah tp dia amik jgk k ...

"Ibu nak perani menipu, ambik rasuah ka atau ibu nak perani jualkhen kehormatan perani ka?"

"Dua dua ibu tak mahu perani..."

"Inila sandiwara dunia"

Cuba teka dialog pilem apa?


Kahkahkahkahkahkah
Quote edayildiz 18-11-2021 09:09 PM
stingerpicnic replied at 18-11-2021 09:07 PM
"Ibu nak perani menipu, ambik rasuah ka atau ibu nak perani jualkhen kehormatan perani ka?"

"Dua  ...

perani tu apa? perangi saya tahu lah..bhs singapork ??? sorry xfhm
Quote epal21 18-11-2021 09:19 PM
Kenapa pulak tetibe berdrama 'anak derhaka'?
Quote aechae 18-11-2021 09:41 PM
epal21 replied at 18-11-2021 09:19 PM
Kenapa pulak tetibe berdrama 'anak derhaka'?

Rsa bersalah lh ntah2 hasil suapan tu hulur kt mak nya…bg duit haram kt mak, pdahal dr kecik mak pesan jgn buat jahat buat keja haram…gtuuuu
Quote Farhaz 19-11-2021 08:41 AM
Edited by Farhaz at 19-11-2021 08:44 AM

Kesian.. nasi sudah menjadi bubur..patut jadikan iktibar. Sikit ke besar ke nilai rasuah tu,tetap la salah.
Quote Farhaz 19-11-2021 08:42 AM
stingerpicnic replied at 18-11-2021 09:07 PM
"Ibu nak perani menipu, ambik rasuah ka atau ibu nak perani jualkhen kehormatan perani ka?"

"Dua  ...

Bujang lapok khensss...hahah..sempattt
Quote fefeeling 19-11-2021 08:51 AM
Selalu dgr yg terima suapan ni kena hukuman. Yg pemberi nya takyah kena apa2 ke?
Quote Kitty_catz 19-11-2021 08:58 AM
dudaberhias replied at 18-11-2021 08:56 PM
rasuah kecil je ni...
tu yang dia tak heran ambik dengan harapan takkan kantoi...
entah berapa ...

silap tu kaka dud

patot.. jadi agent mamasabariah la... takperlu amek rasuah dah

jadi agent pun income belas2 jota.. boleh teruih meroket ke bulan tak balik bumi...

setakat rm38K tu lekat celah spender mamasabariah jewwwwww
Quote Orix 19-11-2021 09:01 AM
janji x makan babi n minum arak khuensttttt
Quote nononcrux 19-11-2021 09:49 AM
epal21 replied at 18-11-2021 09:19 PM
Kenapa pulak tetibe berdrama 'anak derhaka'?

mungkin masa senang dgn duit haram tu lupa org tua
Quote nononcrux 19-11-2021 09:51 AM
edayildiz replied at 18-11-2021 09:09 PM
perani tu apa? perangi saya tahu lah..bhs singapork ??? sorry xfhm

ahah aku teringat guna ayat singapork ni kat twitter terus kena bash ngn natizen yindon.. dorang sanjung btl org-org singapork
Quote stingerfossils 19-11-2021 09:55 AM
Farhaz replied at 19-11-2021 08:42 AM
Bujang lapok khensss...hahah..sempattt

mod @lelamalapetaka7, please beri tacang pada nick farhaz kerana ketajamannya...


Quote Farhaz 20-11-2021 01:08 AM
stingerfossils replied at 19-11-2021 09:55 AM
mod @lelamalapetaka7, please beri tacang pada nick farhaz kerana ketajamannya...

Auchh.. tengkiu u.  Cerita feberet..
Quote Supersirap 20-11-2021 08:45 PM
semoga perkara ini membuatkan sipelaku bertaubat dan berubah menjadi insan yang baik dan hebat

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.040832 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top