Pernah tak ada pengalaman dalam kehidupan sendiri atau kawan-kawan rapat anda yang tak suka kan "sesuatu perkara", tapi akhirnya itulah yang menjadi pilihannya? Inilah situasi sebenar yang dialami oleh penyanyi rap yang juga motivator, Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli yang baru dua hari melangsungkan pernikahannya dengan Farra Inalis yang berasal dari Kelantan selepas hampir sebulan menyepi. Seloroh netizen, ironinya, Caprice, 33, sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang kurang enak mengenai penduduk yang berasal dari Kelantan, sepertimana dipetik daripada portal gempak.com. Mombongkar dan berkongsi semula video terbabit, netizen turut sifatkan Caprice membuat pusingan u (u-turn).
"Sebab tu jangan terlalu benci, nanti lama-lama suka" tulis seorang pengguna bersama paparan skrin dua video Caprice mengulas mengenai sikap pengotor dan kebolehan berbahasa Inggeris rakyat Kelantan. Sekitar dua tahun lalu Caprice menerusi Instagramnya, penyanyi rap itu memperlekehkan rakyat Kelantan dengan kenyataan menghina pemahaman ceramah dalam bahasa Inggeris. Ia susulan dari program bersama penceramah terkenal, Dr.Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV yang berbicara dalam bahasa Inggeris ketika menyampaikan ceramah. Caprice bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf. Sehubungan itu, ciapan pengguna Twitter berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen sejak malam tadi. Namun, ada juga yang beranggapan ketentuan jodoh seperti Caprice dan wanita Kelantan itu hanya kuasa Allah dan tidak layak untuk dijadikan bahan sindiran. Apapun, buang yang keruh ambil lah yang jernih. Lagi pun sebagai manusia biasa, kita semua memang tidak akan terlepas dari melakukan silap. Jadi, doa yang baik-baik saja semoga Caprice berbahagia hingga ke jannah. - CARI |
dudaberhias: karma dan juga ada manfaat dia ...
gekkou replied at 18-11-2021 09:20 PM
habislah sure lepas ni rumah, kereta, hati dia kotor
sbb dia cakap orang kelantan pengotor kan?
x pe ...
ADVERTISEMENT