Pelakon veteran tanah air, Fauziah Nawi berkongsi luahan yang menyentuh hati di media sosialnya. Menjalani kehidupan tanpa insan yang paling disayangi, membuatkan wanita berhati cekal ini lebih menghargai ahli keluarga yang masih berada di sisinya.
Menurut artis veteran ini, meski dirinya tiada lagi ibu bapa, suami dan anak lelakinya namun wanita ini berkongsi bahawa dirinya masih ada anak perempuannya, menantu, cucu dan juga adik-beradik yang lain menemani sisa hidup. “Aku dah tak ada mak bapa, suami, juga anak lelaki ku. Syukur masih ada anak gadisku, menantu, adik-adik, juga cucu ku menemani perjalanan hidupku yang hampir sampai penghujung. Moga Allah terus menganugerahkan aku segala kebaikan, segala nikmat yang tak ternilai dan moga aku sempat bertaubat sebelum maut menjemputku wahai Allah Tuhan seru sekalian alam.” Luahnya
Melihat perkongsian pelakon veteran ini di media sosial, ramai yang mengaminkan dan menitip doa agar aktres senior tersebut tabah dan kuat menjalani hari-hari mendatang.
|
Kurex replied at 19-11-2021 12:38 PM
Tu je ceritanya??? Setakat petikan ig artis? Setakat quote komen netizen??? Lanc*u lu reporter
ADVERTISEMENT