Dungun – Sembilan beranak serik untuk makan cendawan selepas mengalami keracunan sehingga muntah darah dan tidak bermaya pada minggu lalu.
Nurul Musfirah Ghazali, 32, berkata, walaupun sudah pulih daripada keracunan tersebut pada beberapa hari lalu, mereka sekeluarga masih trauma dengan cendawan. “Semalam (kelmarin) saya ternampak cendawan tiram, trauma itu masih ada dan tidak mahu membelinya walaupun ia kegemaran kami sebelum ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Nyiur, Paka di sini semalam. Dalam pada itu, Nurul Musfirah menafikan dakwaan kononnya mengutip cendawan beracun tersebut kerana kesempitan hidup dan kekangan wang.
Sebaliknya dia menjelaskan, ia lebih kepada keinginan ingin tahu dan mahu rasa cendawan terbabit yang banyak tumbuh melata di sekitar rumahnya sejak akhir-akhir ini. “Lagi pun ayah saya, Ghazali Mohamad, 65, yang datang ke rumah sebelum itu menyakinkan kami cendawan tersebut boleh dimakan. “Saya cuma memasukkan empat batang cendawan itu untuk digoreng bersama kacang panjang. Rasanya enak dan kenyal menyebabkan kami tidak menyangka ia sebenarnya beracun,” katanya. Kosmo! semalam melaporkan Nurul Musfirah, suami dan tujuh anaknya muntah-muntah sehingga mengeluarkan darah dan sebahagiannya rebah kira-kira sejam selepas menikmati hidangan tersebut. Dalam pada itu, pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Aqilah Mohamad berkata, cendawan yang dimakan sembilan beranak itu sehingga menyebabkan keracunan pada minggu lalu disyaki bukan daripada spesies cendawan busut. “Antara ciri-ciri cendawan beracun ialah berwarna cerah, mempunyai tanda berbentuk cincin dan bengkak pada bahagian pangkal,” katanya. Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak sembarangan mengutip cendawan yang tumbuh di sekeliling rumah kerana ia dikhuatiri beracun. -CARI Sumber: Kosmo |
Mulan replied at 19-11-2021 12:27 PM
Macam drama Nasinya Tumpah pula
Belibis replied at 19-11-2021 02:28 PM
Tu dari cerpen Fatimah Busu ke?? Ingat lagi zaman2 sekolah ,ada dalam subjek sastera.
Azharitubunga replied at 19-11-2021 02:59 PM
Kan.. cerpen karya fatimah busu... Nasinya tumpah
mbhcsf replied at 19-11-2021 02:06 PM
Ya Allah
monreyes replied at 19-11-2021 12:26 PM
aritu beli cendawan busut dari my fren.. dpt dah kembang..frust btoi.. ingatkan masih kuncup.. aku l ...
mbhcsf replied at 19-11-2021 02:06 PM
Ya Allah
Daftpunk_shine replied at 19-11-2021 05:40 PM
Sedap ke cendawan busut?
ADVERTISEMENT