CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau Nak Makan Juga Ayam 3 Kali Pedas, Sediakan Ubat Di Sebelah!

19-11-2021 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12840| Komen: 185

Menikmati seketul ayam goreng garing bersalut tepung yang diadun dengan rempah istimewa merupakan antara nikmat dunia mungkin tidak dapat dilupakan oleh penggemar hidangan itu.


Bagaimanapun, nikmat tersebut dilihat seakan hilang apabila ramai pengguna media sosial mula berkongsi pengalaman ngeri selepas menikmati ayam tiga kali pedas yang ditawarkan di salah sebuah makanan segera baru-baru ini.



Menerusi perkongsian pengguna media sosial di Twitter, ramai antara mereka mendakwa terpaksa berulang-alik ke tandas hingga beberapa kali sejurus menikmati hidangan ayam goreng berkenaan.

Lebih mengejutkan, ada juga individu terpaksa dimasukkan ke hospital selain menerima rawatan di klinik selepas mengalami masalah cirit-birit teruk.

“Kali ke lima masuk ke tandas lepas makan ayam tiga kali pedas,” kongsi @aiskrimyogurt.

“Menyesal makan ayam tiga kali pedas, sudah beberapa kali masuk tandas,” jelas @naqikhalid.

“Ayam tiga kali pedas tidak pedas sebenarnya, tapi lepas makan perut punya terseksa, Allah saja tahu. Aku cirit-birit lepas makan dan rasa sangat pedih. Aku tak tahu kimia apa yang diletakkan dalam itu, tapi pastinya bukan lada,” kata @doctor_1998usm


Kredit foto: Twitter

Dalam pada itu, menerusi perkongsian @ctyamalina selepas menikmati ayam tiga kali pedas menyebabkan dia perlu memandu sendirian ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan.

Ekoran daripada kesakitan itu, gadis berkenaan turut menerima tiga suntikan bagi mengurangkan ‘refluks acid’ dalam perut.

“Doktor masih membuat pemeriksaan jika terdapat reflux acid, saya tidak akan beli lagi ayam pedas itu. Jika kalian mahu makan juga, saya cadangkan sediakan ubat sebelah anda,” ciapnya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 19-11-2021 11:44 AM
Ayam goreng jenama apa ni?
Quote naina 19-11-2021 11:51 AM
insulin replied at 19-11-2021 11:44 AM
Ayam goreng jenama apa ni?

Mc donald 3x pedas
Memang ramai komplen pedas nak mati
Cirit2
Takyah la sesaja cuba kalau MMG tak.makan pedas
Member yang makan pedas pun tak tahan
Ni pedas cari penyakit namanya
Quote rospinki 19-11-2021 11:55 AM
ok je..haritu late bf salah percaturan, adeke aku oder ayam pedas ni dgn latte panas. ko rasa?
Quote kucingitam 19-11-2021 12:02 PM
tahpape la nak pedas2 sangat ni buat apa.. aku makan kepci pun mesti ambil ori je..mmg kfc asalnya pun takde spicy2 kan..mcd punya regular pun pedas..apetah lagi 3x pedas..
Quote lattehazelnut 19-11-2021 12:25 PM
Edited by lattehazelnut at 19-11-2021 12:28 PM

I suka spicy tp I suke mcd spicy yg kulit tebal tu..
Yang ni spicy tp x crunchy..

Kalau spicy sgt minum susu ok
Quote Mulan 19-11-2021 12:26 PM
Mujur tak berani nk try ms order aritu .. order spicy biasa je..
Quote ezacbee 19-11-2021 12:45 PM
Memang xkan makan. Yg mcd spicy tu je dah panas perut aku. Ni spicy 3x mau aku masuk hospital atau ke dalam trus..
Quote melinda_kerr 19-11-2021 12:46 PM
Pernah makan.. waktu mkn tkdelah pedas mana.. tpi malam tu perut pedih heartburn plus cirit birit. Few days juga nk sembuh.
Quote Thunderclouds 19-11-2021 12:48 PM
1st time mekdi introduced 3x spicy ni i tatau & budak kt window drive tru tu x habaq pon ayam grg yg tu yg 3x spicy nih,bukan spicy besa. Mkn2,semlman xleh tidoq. Mcirit!! Paling xleh blah depa ni dok guna minyak yg sama utk goreng ayam ori, spicy biasa ngn pie!! Abeh suma menda bgoreng brasa pedas nk mati. Pie!! Mkn rasa pedas
Quote makadek 19-11-2021 12:48 PM
Smlm ank2 aku makan megi pedas gila dn ramen menda tah
Pagi ni depa melawat
Kira perut aku tahan
Quote cah-cah 19-11-2021 12:52 PM
Aku baru lepas elok dari makan ayam ni... Masa makan tak pedas sangat, masih boleh tahan, dan aku prepare ais krim to counter rasa pedas.

Elok jam 3am waktu Malaysia, aku rasa macam kena buatan orang, rasa macam isi perut di gaul, mengelegak dan mendidih. Allahuakbar, ambil ubat dekat 2 hari, hari ni baru okay. 2 hari tak masuk office.
Quote supermum 19-11-2021 12:59 PM
Ntah apa agaknya mcd letak dalam mixture ayam dia. Bukan masuk kategori hazardous ke ni. Banyak orang komplen masuk spital sebab ayam ni
Quote mzzenma 19-11-2021 01:25 PM
Mzz muda2 dulu boleh lah mkn pedas2 ni.. dah tua2 ni i cannot. Pernah mkn ayam 3x pedas ni, masa tu gatai nak try. Seharian berkuntum dlm toilet. Kali kedua order ayam spicy, mekdi bg yg 3x pedas ni x inform. Makan secuit je terus give up sbb takut ulang alik toilet lagi.
Quote miszclassique 19-11-2021 01:31 PM
Edited by miszclassique at 19-11-2021 01:37 PM
supermum replied at 19-11-2021 12:59 PM
Ntah apa agaknya mcd letak dalam mixture ayam dia. Bukan masuk kategori hazardous ke ni. Banyak oran ...


Sbb ramai yg request haritu more than 10k rasanya yg setujuk mcd buat balik spicy ni, tapi mcd dah boleh stopkan semula dah kot... Yg request tu pun tak sabar nak kena gerd agaknya

Screenshot_20211119_133319_com.brave.browser_edit_1093134296979552.jpg
Quote tungkai 19-11-2021 01:34 PM
Aku syak kali ni McD letak something else la perisa dia. Yg dulu punya, pedas memang la pedas tapi perut tak meragam. Kali ni sama pedas tapi lepas tu perut rasa macam kena pintal, kena tumbuk pun ada. Nasib baik ada stok susu kat rumah..
Quote sharlenetexas 19-11-2021 01:35 PM
Usus bengkak = ulcerative colitis ?
Betul ke doc @ipes2 ?

Quote mbhcsf 19-11-2021 01:36 PM
Edited by mbhcsf at 19-11-2021 01:37 PM

apa bahan dia bubuh capsaisin ke? organic / secara tabií ( naturally derived ) dari cabai yg pungency yg pedas sampai berapa scoville? atau bhn kimia capsaicin?
tolong tanye je tripple 3x berapa Scoville Heat Units?

i tak sangaka ade yg masih nak cuba? dah dapat gastritis , reflux bagai pun dah ...ni clinically significant lah to some...boleh ke ? KKM bagi ye?

bukanke kita ni makan sebab nak dapatkan nutrient selain dari cholestreol and lemak pada ayam tu?

then kenapa kena makan peds macam ni defeats the purpose of eating chicken je..

i suka KFC spicy and lagi satu the four fingers ayam  masak ? goreng style korea tu..itu best.


Quote kakikuDibibirmu 19-11-2021 01:40 PM
Tak boleh saman mekdi sebab diri sundri yang bodoh pergi order, mendapat lah!
Quote makneng 19-11-2021 01:59 PM
Uolls beria nak mkn pedas2 amat ni kenapa?
Nak buktikan pd sape?
Baik uolls java elok2 usus, perut, rektum segala etc. Barang nak pakai lama noks

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.167923 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top