Orang ramai khususnya ibu bapa yang sering meninggalkan anak-anak sendirian di dalam kereta tanpa pengawasan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), kecuaian invidivu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. “Jika disabitkan kesalahan, akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” tulisnya menerusi hantaran Facebook sebentar tadi.
Menerusi hantaran MKN itu, rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi pelbagai kisah dan pengalaman mereka apabila bertindak meninggalkan anak-anak di dalam kereta. “Saya pernah tinggal anak dalam kereta sebab nak beli lauk, macam mana nak ceduk lauk dan dukung anak? Ambil satu dua lauk sepantas kilat, kereta saya kunci, buka tingkap sikit, kereta parkir betul-betul depan kedai, mata sentiasa perhati, itu pun sudah ada orang tegur tinggal anak,” kongsi Hanz Iman. “Bukan sahaja dalam kereta, dalam rumah pun sama, saya tinggal di flat, masalah selalu timbul apabila suami kerja, hanya tinggal saya dan anak-anak kecil, jadi bila ada Foodanda datang, terpaksa tinggalkan mereka untuk turun,” jelas @Ayishah Ayub. “War-warkan dengan lebih meluas, masukkan sekali dengan akta-akta kesalahan lain,” jelas Anun Sue. -CARI Sumbr: Kosmo
|
syamzana replied at 19-11-2021 10:47 PM
kanak-kanak ni berusia 12tahun kebawah la kan?ke umur brp?
anak iols umur 12 skrg ni kalau bawak p ...
edayildiz replied at 19-11-2021 08:29 PM
mcmana la ye mak ayah yg tergamak tinggal ank dlm keta..i pernah nmpk..risauu lah kita..bodoh punya ...
pyropura replied at 20-11-2021 02:33 AM
Tinggal anak dlm.keta ni satu bangsa nan satu tu aje kan?
yondu replied at 19-11-2021 07:13 PM
yg duduk flat tu, x boleh ke text seller tu baik2 bagitau ade anak kecil beberapa org, minta tlg nai ...
LoveSungmin replied at 19-11-2021 08:40 PM
flat ada guard ke? setahu i flat biasanya tak ada.. kalau area sesak, driver grab yang buat grabfood ...
ADVERTISEMENT