CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Cedera Motor Masuk Lubang Bertakung

19-11-2021 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3128| Komen: 21

Seorang warga emas berdepan detik cemas selepas motosikal dinaikinya terjatuh di dalam lubang yang berada di tengah-tengah jalan hingga menyebabkan lelaki itu turut mengalami beberapa kecederaan.


Menerusi perkongsian @Hfnz9 di laman Twitter, warga emas itu dilihat terduduk di tepi jalan selepas motosikalnya kemalangan berikutan melalui jalan bertakung yang mempunyai lubang.


Keadaan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian pipi selepas motosikal dinaikinya terbabas di dalam lubang bertakung dipercayai di Johor.

Gambar dikongsikan lelaki itu turut menunjukkan warga emas berkenaan mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan dan hidung.


Motosikal mangsa jenis Honda EX5 turut dilihat tenggelam di dalam lubang yang berada di tepi jalan.

“Semoga pak cik ini mendapat pembelaan dan pampasan,” ciap lelaki itu ringkas.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah jalan di Kota Tinggi, Johor.

Sementara itu, aktivis jalan raya, Lando Zawawi turut membuat hantaran sama di Facebook dengan menyifatkan sudah beberapa minggu air bertakung di kawasan itu berikutan longkang tersumbat.

“Sudah beberapa minggu air bertakung kerana longkang tersumbat, tapi tiada apa-apa tindakan.

“Tipulah, kata tidak tahu sedang jalan ini tidak berapa jauh daripada pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), berhampiran dengan Masjid Jamek Kota Tinggi dan sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, JKR Kota Tinggi menerusi ciapan balas di Twitter memaklumkan jalan tersebut berada di bawah bidang kuasa dan selenggara Majlis Daerah Kota Tinggi.

“Tindakan telah pun diambil dan pembaikan sedang dijalankan melalui Syarikat Konsesi Safwa Global, harap maklum dan terima kasih,” jelasnya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 19-11-2021 06:30 PM
ermmm gitu lahhh
Quote Buritan 19-11-2021 06:55 PM
Hanya akan cepat direpair jika kj ka.. cucu mentelika.. emmm
Quote FOTHER-MUCKER 19-11-2021 07:31 PM
Berharap ada lah pampasan dibayar oleh pihak tu.
Quote TeropongThaico 19-11-2021 07:40 PM
Aduhhh kesiannya pakcik tu...
Harap bab2 jln ni bg bawah kendalian JKR dah le. Takyah agih byk institusi sbb jd macam ni mula le tunding jari sana sini. Yg nayanya rakyatttt juga
Quote missbigrockstar 19-11-2021 07:43 PM
Kesian pakcik nampak mcm dia nak pi kerja sebab ada botol air dan pakai kasut boots.
Semoga mendapat pembelaan sewajarnya.
Quote stingerpicnic 19-11-2021 07:44 PM
johoreland ...boy am i not surprised
Quote sambaldurian 19-11-2021 07:45 PM
sbb bkn KJ yg jatuh, harapan la JKR nk mintak maaf. klu KJ yg jatuh, sejam lepas tu dh turap dh jalan [em:24:]
Quote airmineral 19-11-2021 07:50 PM
bab jalan bab tanah ni mmg payah
ada part federal part negeri part majlis dan mcm2 la
drg je tau jln drg mana 1, marhaen mana peduli nak tau..yg rakyat tau nak guna jalan selamat je

lagi 1 masalah, even federal/negeri/majlis/dll, drg bukan buat sendiri pun keje2 senggara ni..drg lantik syarikat kontraktor utk keje senggara ni..patut kontraktor2 yg dilantik ni tolonggggg la buat keje elok2, xkan asik nak kena ketukkk je. xkan la nak suruh gomen/pbt lantik sendiri pekerja utk keje turap2 jalan atau harap org lain buat kebajikan je? kontraktor2 ni xkan keje songlap duit je

jenuh kalau nak menceceh bab jalan ni[em:11:]

gomen dgn swasta (kontraktor) buat keje elok2 kan bagusssss.xkan nak tgu rakyat kutuk baru nak hegeh2 buat
rasa nak maki je
sama je yg gomen dgn swasta pny level keje jalan ni
Quote Jitu 20-11-2021 12:12 AM
dlm nya lubang tu
kesian pakcik
sbb ni lah aku takut nak lalu klu ada air bertakung
pernah kena dulu smpi tercabut signal kat fender
Quote hareeeesah 20-11-2021 12:15 AM
Sedih la kalau orang tua yang kena.. semoga diberi bantuan sewajarnya.. boss jamaica tak nak comment ke?
Quote becir 20-11-2021 12:42 AM
Kontraktor lantikan pun sedara mara sendiri punya kan? Or kontraktor sama dah guna berpuluh tahun, sebab terlalu selesa tak nak guna kontraktor lain, suruh orang tu bukak company byk2 sebat semua tender.
Quote pyropura 20-11-2021 02:47 AM
Negeri.& negara UMNO.kan.
Quote imanjannah 20-11-2021 08:52 AM
siannya pakcik tu
Quote Normabaru 20-11-2021 10:05 AM
kaka mula2 ingt ni kt indon xpon set drama mana sekali..lahai kejadian betul kt neg jamaica…semoga Allah bg pakcik ni rezeki bganda2 atas ujian ni dan those penguasa yang xjalankan kerja dan xguna sesen ni dilaknat Allah dan diberikan bala…bodoh sgt jwpn masing2..

masa kj jatuh basikal siap twit maaf n nk bg hadiah basikal segala..bila rakyat marhaen..dan dan terus bwh bdg kuasa majlis pbandaran..harkkkktuihhh
Quote stingerpious 20-11-2021 10:11 AM
Normabaru replied at 20-11-2021 10:05 AM
kaka mula2 ingt ni kt indon xpon set drama mana sekali..lahai kejadian betul kt neg jamaica…semoga  ...

Shit happens...kata majlis perbandaran

Ko apo tahu?

Laki sorang pun dulu tak terjaga sampai bercerai berai...ada hati nak sebut majlis perbandaran taj jalankheun amanah...

Ptuiiiii balik

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote stingerpious 20-11-2021 10:12 AM
imanjannah replied at 20-11-2021 08:52 AM
siannya pakcik tu

Iktibar utk semua...berhati hati bila dijalanraya....
Quote Artemesiaa 20-11-2021 12:52 PM
Banyak sunggup jalan berlubang sana sini amat membahayakan bila hari hujan.  Bila air bertakung tak nampak dah kat mana yang berlubang mana tak mudah berlakukan kemalangan.  Tapi lately nampak makin rancak kerja2 menurap semula jalan dilakukan sana sini.
Quote CiliPadiSedap 20-11-2021 05:26 PM
semua jalan letak bawah jkr kan senang confirm tiada berlubang kecuali lubang golf
Quote KamikuP 22-11-2021 12:38 PM
Banyak2 lubang, lubang apa yang nikmat?
Jawapan LU BANGun pagi2 tarik selimut itu nikmat yg sebenar ekekeke

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.066475 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top